Bekas Anggota Boyzone Tuduh Taylor Swift Buat Ritual Puja Syaitan Dalam Konsert
Maliah Surip
29/02/2024 14:44 MYT
29/02/2024 14:44 MYT
Salah seorang bekas anggota kumpulan Boyzone, Shane Lynch dengan terbuka menuduh Taylor Swift melakukan ritual pemujaan syaitan dalam konsert yang dilakukannya.
“Saya rasa apabila kita melihat artis membuat konsert dengan dihadiri sehingga 20,000 penonton, ramai yang tidak sedar mereka (penyanyi) sedang melakukan ritual pemujaan syaitan.
“Anda akan melihat ramai yang memakai pelitup muka, kepala dan ‘upacara api’.
“Malah Taylor Swift, salah seorang artis terbesar di dunia juga melakukan ritual pemujaan syaitan dalam konsertnya.
“Anda boleh lihat dia (Swift) melakukan sekurang-kurangnya tiga ritual puja syaitan yang berbeza dan terkait dengan pentagram di tanah dan bermacam-macam lagi ritual di atas pentas,” dakwa Lynch seperti dipetik independent.uk.
“Tapi sayangnya ramai orang melihatnya (ritual puja syaitan) sebagai satu seni,” tambahnya.
Ini bukan dakwaan pertama mengenai Swift melakukan ritual pemujaan syaitan dalam konsertnya.
Sebelum ini Swift juga sempat berdepan dakwaan sama apabila membuat simbol yang dikaitkan dengan syaitan selepas mengakhiri Konsert Eras Tour di Australia.
BERITA TRENDING: PM Thailand Ikuti Langkah Kerajaan Singapura Beri Subsidi Pada Konsert Taylor Swift Untuk Tarik Pelancong
Lynch yang merupakan penganut Kristian dan telah meninggalkan industri seni sejak 2023 berkata demikian dalam satu temubual bersama media Irish, Sunday World.“Saya rasa apabila kita melihat artis membuat konsert dengan dihadiri sehingga 20,000 penonton, ramai yang tidak sedar mereka (penyanyi) sedang melakukan ritual pemujaan syaitan.
“Anda akan melihat ramai yang memakai pelitup muka, kepala dan ‘upacara api’.
“Malah Taylor Swift, salah seorang artis terbesar di dunia juga melakukan ritual pemujaan syaitan dalam konsertnya.
“Anda boleh lihat dia (Swift) melakukan sekurang-kurangnya tiga ritual puja syaitan yang berbeza dan terkait dengan pentagram di tanah dan bermacam-macam lagi ritual di atas pentas,” dakwa Lynch seperti dipetik independent.uk.
BERITA TRENDING: Bercium Dengan Kekasih Tapi Bibir Tak Comot, Netizen Tanya Taylor Swift Pakai Gincu Brand Apa?
Lynch, 47, kemudian mengatakan peminat tidak perasan segala ritual puja syaitan yang dilakukan Swift kerana memandangnya sebagai satu seni.“Tapi sayangnya ramai orang melihatnya (ritual puja syaitan) sebagai satu seni,” tambahnya.