Laman Utama
Taylor Swift Dinobat Person Of The Year 2023, Kalahkan Vladimir Putin
Kemashyuran Taylor Swift sebagai seorang pesohor seni membuat dirinya dinobatkan sebagai Person of The Year 2023 versi majalah berprestij, Time.
Penyanyi yang baru mencipta rekod sebagai penghibur dengan penjualan tiket terlaris menerusi siri jelajah konsert Eras itu malah menewaskan lapan calon figura terkenal dunia yang disenaraikan Time.
BERITA TRENDING: Taylor Swift Bawa Keluarga Peminat Yang Maut Tonton Konsert Terakhir Di Brazil
Swift menewaskan antaranya individu berpengaruh seperti Presiden China, Xi Jinping dan Vladimir Putin.Bintang berusia 33 tahun itu menyifatkan pemilihannya sebagai Person of The Year sebagai sebuah pengiktirafan yang sangat dibanggakan.
Editor in Chief Time, Sam Jacobs mengatakan Swift dipilih sebagai Person of The Year 2023 berdasarkan kecemerlangan dan pengaruh yang dibawa sepanjang tahun ini.
Wanita itu juga disifatkan sebagai sangat berbakat dan luar biasa kerana menulis lalu menceritakan kisahnya sehingga diterima dengan cukup baik oleh semua lapisan masyakarat di seluruh dunia.
PILIHAN PEMBACA: Kenapa Wajah Taylor Swift Dilukis Pada Labu Gergasi? Ini Respons Tuan Empunya Karya
Must-Watch Video