Penyanyi popular Taylor Swift dan buah hatinya, atlet Travis Kelce yang bercumbu selepas pasukan Kansas City Chiefs meraih kemenangan dan berjaya lolos ke Super Bowl 2024 baru-baru ini menyorot perhatian netizen.

Hal ini bukan disebabkan kemesraan secara terbuka yang ditonjolkan oleh Taylor dan Travis. Sebaliknya, perhatian netizen tertancap pada olesan gincu Taylor yang dilihat tidak luntur dan masih melekat di bibir penyanyi lagu Love Story itu sungguhpun baru lepas berkucupan!

BERITA TRENDING: Taylor Swift Dinobat Person Of The Year 2023, Kalahkan Vladimir Putin

Tentulah, ramai dalam kalangan wargamaya tertanya-tanya jenama gincu apakah yang digunakan oleh Taylor sehingga cumbuan yang dilakukan sama sekali tidak merosakkan gincu bibir yang dipakainya.

"Dia hanya menikmati ciuman panjang dengan Travis Kelce di hadapan kamera, dan gincunya tidak melekap atau kekal di bibir (Travis). Bagaimana boleh begitu?" tanya seorang seorang pengguna X.

“Para saintis kena kaji ketahanan gincu Taylor Swift,” seloroh netizen lain.

Malangnya, Taylor mahupun juru soleknya, Lorrie Turk, tidak mendedahkan jenama atau warna gincu yang dipakai.

Lipstik rona merah memang menjadi salah satu gaya mekap ikonik Taylor. Seperti dipetik menerusi Pagesix, Taylor menggemari beberapa jenama gincu seperti MAC Retro Matte Lipstick warna Ruby Woo, Nars Velvet Matte Lip Pencil warna Dragon Girl, CoverGirl Exhibitionist Lipstick warna Hot dan Pat McGrath Labs LiquiLust: Legendary Wear Matte Lipstick warna Elson 4.

Pada 2011, bekas kekasih pelakon Joe Alwyn ini pernah berkongsi tips agar olesan gincu pada bibir kekal tahan lama.

BERITA TRENDING: Kenapa Wajah Taylor Swift Dilukis Pada Labu Gergasi? Ini Respons Tuan Empunya Karya

"Ada beberapa cara yang saya pelajari dari penata rias ketika sesi fotografi. Mereka memakai lipstik merah, lalu menyekanya dengan tisu, lalu meletakkan bedak di atas tisu dan menempelkannya ke bibir. Kemudian dioleh kembali," katanya kepada majalah Allure.

Sumber: Wolipop