Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bekas Gimnas Negara ‘Kecewa’ Dengan Kenyataan Hamidin - “Kalau Dia Tahu…”

Gempak
27/06/2024 07:55 MYT
Bekas atlet gimnastik negara, Nurul Fatiha Abd Hamid menzahirkan luahan yang terbuku di hati berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkenaan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024.

Luah rasa 'kecewa'

Fatihah menerusi perkongsian semula di Facebook berkata, hanya jika Hamidin tahu betapa sukarnya untuk menyertai Olimpik dan sebanyak mana pengorbanan yang perlu dilakukan, sudah pasti dia tidak mengeluarkan kata-kata sedemikian.

“Jika dia tahu betapa sukarnya untuk menyertai Olimpik. Jika dia tahu betapa sukarnya atlet untuk berlatih, pengorbanan mereka, kecederaan, korban masa dan jauh daripada keluarga, hanya untuk jadikan impian mereka kenyataan.



“Menjadi impian setiap atlet untuk menyertai Olimpik dan tidak semua bertuah. Kalau dia tahu, hanya atlet terbaik sahaja yang berjaya sertai, dia tak akan cakap macam tu. Inilah masanya membalas budi, menghargai hasil usaha titik peluh atlet-atlet yang berjuang demi lencana di dada.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Dicadang Netizen Sebagai Model Busana Olimpik Gantikan Patung, Ini Respons Sharul Aimy

​ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian Rasmi Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Hamidin: “Jika Warna Cantik Tak Dapat Emas, Tak Guna…”

​ARTIKEL BERKAITAN: Sukan Olimpik Paris: Presiden MOM Sasar Pingat Emas Untuk 5 Sukan Ini

​ARTIKEL BERKAITAN: "Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Luar Bidang Kuasa KBS" - Hannah Yeoh

​ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Road To Gold! Ini Merupakan Senarai Atlet Terkini & Skuasy Yang Akan Sertai Sukan Olimpik

“Tak salah kan inilah masa untuk beri yang terbaik buat mereka. Inikan pula pentas sukan terbesar dunia. Percayalah, bukanlah ingin membandingkan negara-negara besar yang dapat sponsor seperti Ralph Lauren dan jenama-jenama lain. Cukuplah dapat berikan ‘wajah’ yang dapat memberikan semangat dan perasaan bangga menyarung jersi negara,” katanya.

Terdahulu, Hamidin yang juga Timbalan Presiden MOM berkata, rata-rata atlet negara yang bakal beraksi pada Sukan Olimpik 2024, bersetuju dengan rekaan pakaian rasmi kontinjen negara di Paris.

Dengan berbaki hampir sebulan sebelum Paris 2004 dibuka secara rasmi pada 26 Julai ini, Hamidin berkata lebih baik sekiranya semua pihak termasuk orang ramai terus memberi sokongan padu kepada kontinjen negara, pada Sukan Olimpik kali ini.



Sumber: Facebook

#Kecewa #Bekas gimnas negara #Datuk Hamidin Mohd Amin