,
Sukan

Pakaian Rasmi Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Hamidin: “Jika Warna Cantik Tak Dapat Emas, Tak Guna…”

Awani
25/06/2024
14:55 MYT
Sejak pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 diumumkan, tidak sedikit peminat sukan tanah air melahirkan kekecewaan dan mengkritik rekaan yang disifatkan sedikit terbelakang dan tidak membangkitkan semangat berbanding pakaian rasmi digunakan kontinjen negara sebelum ini.

BERITA TRENDING: "Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Luar Bidang Kuasa KBS" - Hannah Yeoh

Sedar mengenai pandangan yang diberikan, Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi kenyataan kepada media massa.
Menurut Hamidin, rekaan yang cantik pada pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 tidak membawa sebarang erti, sekiranya mereka gagal menjelmakan kilauan emas sulung negara di Paris nanti.
Beliau juga berkata tema utama pakaian rasmi dihasilkan termasuk penggunaan warna emas berbanding jingga sebelum ini, bertujuan untuk membawa aura pingat yang menjadi idaman kontinjen negara pada temasya sukan berprestij dunia tersebut.

"Kita sudah setuju dengan Yonex (pengeluar pakaian rasmi) untuk tunjuk warna emas...warna jingga sudah lama sejak 2004 lagi, jadi ramai atlet sebelum ini minta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk tukar warna lain.

"MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas, itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam...jika warna cantik tapi tidak dapat emas atau pingat tidak guna juga," katanya kepada pemberita selepas meninjau sesi latihan pemain perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei.

BERITA TRENDING: Sukan Olimpik Paris: Presiden MOM Sasar Pingat Emas Untuk 5 Sukan Ini

BERITA TRENDING: Skuad Badminton Jalani ‘Tuisyen’ Malam Menjelang Fasal Kritikal Ke Paris 2024

BERITA TRENDING: Malaysia Road To Gold! Ini Merupakan Senarai Atlet Terkini & Skuasy Yang Akan Sertai Sukan Olimpik

Beliau juga menjelaskan penggunaan bendera Malaysia di sebelah kiri pakaian rasmi tersebut yang kurang tepat seperti dibangkitkan pengguna media sosial, sebenarnya merupakan logo rasmi MOM.
Warna jingga, emas, hitam biru semua boleh, ini logo Majlis Olimpik Malaysia bukan bendera Malaysia, jadi tiada masalah," katanya.
Hamidin yang juga Timbalan Presiden MOM berkata rata-rata atlet negara yang bakal beraksi pada Sukan Olimpik 2024, bersetuju dengan rekaan pakaian rasmi kontinjen negara di Paris.
Dengan berbaki hampir sebulan sebelum Paris 2004 dibuka secara rasmi pada 26 Julai ini, Hamidin berkata lebih baik sekiranya semua pihak termasuk orang ramai terus memberi sokongan padu kepada kontinjen negara, pada Sukan Olimpik kali ini.
Menyedari kritikan dilemparkan di media sosial berhubung rekaan pakaian rasmi tersebut, beliau berkata MOM mungkin membuka peluang buat orang ramai membuat rekaan mereka, bagi edisi Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
"Saya sudah hubungi Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan pada dasarnya beliau sudah setuju masa akan datang, kita buka pada peminat untuk reka (pakaian rasmi kontinjen), kita akan pilih dan mungkin beri sagu hati," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengakui kesilapan menggunakan patung mannequin bagi memperagakan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 berupa baju berkolar, baju T dan jaket, yang diperkenalkan sempena sambutan Hari Olimpik di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, pada Ahad.
Sumber: BERNAMA melalui Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

gempak
28/09/2024
16:00 MYT
Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Hiburan

Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

gempak
27/09/2024
12:55 MYT
Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Awie baru-baru ini berkongsi kisah lucu berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai seorang yang 'lembut' semasa zaman sekolah.
Viral

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

gempak
27/09/2024
09:55 MYT
Baru sahaja tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji  apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.
Viral

Kieda Crepe Kecewa Ada Pihak Sengaja Buat Ulasan Perniagaannya Demi Nak 'FYP' - "Naiklah Tanpa Memburukkan Orang... "

gempak
26/09/2024
08:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak membuat ulasan berkenaan perniagaannya hanya untuk meraih perhatian di laman sosial.
Hiburan

Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

gempak
26/09/2024
05:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengakui dirinya berasa sebak melihat keretakan hubungan pasangan selebriti Fattah Amin dan juga isteri, Fazura.
BorakSeeni