HIBURAN
Bekas Isteri Edika Yusof Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Sejak Awal Perkahwinan - “Banyak Kali Dah Polis Datang Rumah…”
Bekas isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah mendedahkan anak-anak mereka terutama yang perempuan mengetahui apa yang terjadi dalam rumah tangganya.
Anak-anak jadi saksi
Menurut Hidayah, anak perempuannya juga akan menghubungi abang sulungnya jika berlaku insiden yang tidak dapat dikawal malah mendedahkan pihak polis juga sudah beberapa kali datang ke rumah mereka untuk mengawal keadaan.“Contoh kalau ada kejadian-kejadian tertentu yang tak dapat dikawal, anak perempuan saya orang pertama yang akan cari abang sulung dia dan kalau abang dia tak dapat datang, dia diam-diam akan hubungi pihak polis.“Edika boleh menafikan apa yang dia nak, dia boleh cakap apa yang dia mahu tapi apa yang saya kemukakan dalam mahkamah dalam bukti yang kukuh… saya ada gambar, video dan audio. “Anak-anak juga menjadi saksi. Walaupun anak perempuan tak duduk dengan saya tapi tidak bermaksud dia tidak tahu apa yang terjadi. Anak perempuan itu sendiri yang berpihak pada saya.
“Banyak kali dah pihak polis datang rumah. Malah dia juga mempunyai bukti seperti video insiden yang berlaku. Kalau pergi ke Balai Polis Kepong, tanya la mereka dah berapa banyak kali polis datang ke rumah,” katanya kepada Gempak.
Hidayah berkongsi perkara itu selepas selesai urusan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.
Jadi mangsa keganasan rumah tangga
Dalam pada itu, Hidayah turut mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak awal perkahwinan mereka.Pada Isnin, Edika telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya di hadapan hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh tepat pukul 10.42 pagi.“Ya, (keganasan rumah tangga). Dalam mahkamah dia tetap mahu menafikan perkara itu. Saya tak nak (keluarkan bukti). Keganasan itu berlaku dari sebelum saya sakit... lebih 20 tahun,” ujarnya.
Pada 23 April lalu, Hidayah menyenaraikan 10 alasan yang menyebabkan dia membuat permohonan cerai terhadap Edika di hadapan hakim.
ARTIKEL BERKAITAN:Sempat Bersalaman Buat Kali Terakhir, Edika Yusof & Nor Hidayah Sah Bercerai - “Saya Sebagai Isteri Tak Pernah Nafi Kebaikan Dia Tetapi Keputusan Ini…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tidak Reda Untuk Lafazkan Cerai…” - Edika Yusof Terpaksa Akur Dengan Permintaan Isteri Nak Berpisah
ARTIKEL BERKAITAN: “Apa Yang Saya Nampak Adalah Kuasa Perceraian Di Tangan Wanita” - Edika Yusof
Kesemua sebab tersebut disifatkan perkara kritikal sehingga membuatkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.
Untuk info, Hidayah memfailkan cerai terhdap Edika pada pertengahan Februari lalu.
Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Must-Watch Video