HIBURAN
“Saya Tidak Reda Untuk Lafazkan Cerai…” - Edika Yusof Terpaksa Akur Dengan Permintaan Isteri Nak Berpisah
Pelakon Edika Yusof memberitahu dia sudah bersedia menunaikan permintaan isterinya iaitu Nor Hidayah Yusri untuk melafazkan cerai pada Isnin di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Berat hati
Bagaimanapun, pelakon berusia 58 tahun ini berkata dia sebenarnya berat hati untuk melakukannya kerana masih berharap rumah tangga yang dibina dapat diselamatkan.“Tetapi saya sudah bersedia untuk memenuhi permintaan isteri saya kalau itu yang dia mahu,” katanya kepada Gempak.“Saya tidak reda untuk lafazkan cerai kepada dia. Siapa sahaja yang mahu rosakkan rumah tangga yang dibina kan?
Edika memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Rasa terkilan
Dalam masa sama, Edika berasa terkilan apabila masalah kesihatan isterinya yang didiagnos sebagai meningitis ataupun radang selaput otak tidak diambil kira oleh pihak berkaitan.Sementara itu, Hidayah yang hadir pada pukul 9.57 pagi berkata dia tidak menaruhkan sebarang harapan terhadap prosiding hari ini.“Saya sudah lampirkan dokumen hospital berkenaan penyakit isteri saya. Ia memandangkan penyakit ini boleh menjejaskan mentalnya. “Namun, tidak diambil kira. Saya tidak salahkan mana-mana pihak tetapi minta supaya faktor ini dapat dilihat,” ujarnya.
“Saya tidak ada sebarang harapan. Kita tengok sahaja apa yang berlaku,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Apa Yang Saya Nampak Adalah Kuasa Perceraian Di Tangan Wanita” - Edika Yusof
ARTIKEL BERKAITAN:"Kena Hack Kot..." – Netizen Perasan Akaun Thread Edika Yusof Komen 'Hi' Di Gambar ‘Wanita AI’
ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Tidak Mengaku Malah Angkat Sumpah Laknat” - Isteri Dedah Edika Yusof Pernah Lafaz Cerai, Anak Anggap Pisah Jalan Terbaik
ARTIKEL BERKAITAN:Edika Yusof Pernah Halang Isteri Keluar Rumah - “Masa Dia Keluar, Boleh Dikatakan Nusyuz”
ARTIKEL BERKAITAN:“Apa Yang Dituduh Kepada Saya Sangat Keterlaluan” - Isteri Bertegas Nak Bercerai, Edika Yusof Sedia Untuk Lepaskan
Pada 23 April lalu, Hidayah menyenaraikan 10 alasan yang menyebabkan dia membuat permohonan cerai terhadap Edika di hadapan hakim.
Kesemua sebab tersebut disifatkan perkara kritikal sehingga membuatkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.
Untuk info, Hidayah memfailkan cerai terhdap Edika pada pertengahan Februari lalu.
Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga selama 22 tahun dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Must-Watch Video