gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aktres Rugi RM56 Juta Gara-Gara Pelaburan Kripto
BERITA
Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun
HIBURAN
Netizen Bengang Dengan Kenyataan Luqman Faiz - “Tak Ada Orang Nak Ajar Dia…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Sempat Bersalaman Buat Kali Terakhir, Edika Yusof & Nor Hidayah Sah Bercerai - “Saya Sebagai Isteri Tak Pernah Nafi Kebaikan Dia Tetapi Keputusan Ini…”

gempak
Asyikin Mayudin
05/05/2025
03:14 MYT
Sponsor Banner
Sempat Bersalaman Buat Kali Terakhir, Edika Yusof & Nor Hidayah Sah Bercerai - “Saya Sebagai Isteri Tak Pernah Nafi Kebaikan Dia Tetapi Keputusan Ini…”
Rumah tangga yang dibina selama 22 tahun gagal untuk diselamatkan lagi apabila pelakon Edika Yusof dan isteri iaitu Nor Hidayah Yusri sah bercerai pada Isnin.

Cerai talak satu

Edika, 58, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh tepat pukul 10.42 pagi.

“Saya Mohd Yusof Abd Majid menceraikan isteri saya Nor Hidayah Yusri talak satu mulai hari ini,” lafaznya.

Hidayah diwakili peguam syarie iaitu Mohd Yazid Hazim manakala Edika hanya hadir berseorangan.
Sebelum Edika melafazkan cerai, dia enggan memberikan sebarang ucapan terakhir buat Hidayah.

Tak nafi kebaikan suami

Hidayah pula kemudiannya membuat ucapan terakhir dan berterima kasih terhadap kebaikan yang pernah dibuat Edika terhadapnya sambil menangis.

“Saya sebagai isteri tak pernah nafi kebaikan dia tetapi keputusan ini berdasarkan hukum. Saya terpaksa buat. Saya harap dia faham,” ujarnya.

Setelah itu, Edika dan Hidayah sempat bersalaman dan membuat permohonan maaf buat kali terakhir.
Pada 23 April lalu, Hidayah menyenaraikan 10 alasan yang menyebabkan dia membuat permohonan cerai terhadap Edika di hadapan hakim.
Kesemua sebab tersebut disifatkan perkara kritikal sehingga membuatkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.
Untuk info, Hidayah memfailkan cerai terhdap Edika pada pertengahan Februari lalu.
Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Topic Berkaitan
#Bercerai
#Edika Yusof
#Mahkamah
#Nor Hidayah
#Bersalaman
Must-Watch Video