Hiburan

Bekas Isteri Kenalkan, Rupert Murdoch Kahwin Kali Ke-5 Pada Usia Senja

Maliah Surip
04/06/2024
14:45 MYT
Usia hanya angka dan kalau jodoh tidak ke mana.
Mungkin itu pepatah yang sesuai diberikan kepada ‘raja media’ dunia, Rupert Murdoch apabila dilaporkan kembali berkahwin pada usia senja.

Jarak usia 26 tahun

Murdoch berkahwin pada usia 93 tahun dengan kekasihnya, Elena, berumur 67 menjadikan jarak usia keduanya terpaut 26 tahun.

Perkahwinan yang dijalankan secara tertutup di kediaman Murdoch di California merupakan kali kelima buat Murdoch hanya beberapa bulan selepas dipercayai mengikat tali pertunangan bersama Elena.
Elena merupakan seorang sosialitas Rusia yang juga merupakan mantan isteri bekas ahli politik, Alexander Zhukov.
Keduanya dilaporkan mula menjalin asmara selepas diperkenalkan bekas isteri kedua konglomerat tersebut, Wendi Deng, lapor Daily Mail.
Murdoch pertama kali berkahwin pada tahun 1956 dan perkahwinan terakhir pada 2022. Dia juga sempat putus tunang dengan seorang wanita pada tahun lalu.
Pemilik News Corp itu dilaporkan memiliki aset bernilai RM94 bilion memiliki tujuh anak dan beberapa orang cucu.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.