Al-kisah seorang bekas pembaca berita…Miss K ingat dah berubah selepas perkahwinan kali ketiga, tetapi nampaknya sangkaan Miss K meleset!

Dulu sebelum berkahwin dengan isteri yang ketiga (masa tu berstatus duda selepas perkahwinan pertama dan kedua gagal), bukan main lovey-dovey…Lautan api sanggup direnangilah orang kata!

Tup-tup seminggu lepas, ada orang layangkan Miss K kad kahwin bekas penyampai berita ni. Terus terbayang wajah isteri dan anak dia yang comel tu.

Bertambah geram hati Miss K bila si pengirim kad kata, bekas pembaca berita ini selingkuh dengan seorang wanita lain sehingga mengabaikan isteri di rumah.

Paling kejam, isteri mengalami keguguran dan si suami tidak tahu ke mana. Maklumlah sibuk usung bakal isteri baru ke sana ke mari.

Betullah orang kata, kalau dah mata keranjang tu…Memang susahlah nak berubah. Tak hairanlah jika sebelum ini pun ada yang menyampai ketika dia masih bekerja sebagai penyampai berita pun duk usung perempuan kelab malam tanpa pengetahuan si isteri.

Alahai…kasihanilah isteri tu. Lupa ke pada pengorbanan dia masa awak merayu-rayu nak kahwin dengan dia dulu? Lupa ke macam mana keadaan awak masa dia terima awak dulu?

Apa-apa pun Selamat Pengantin Barulah ye. Semoga perkahwinan kali keempat ni kekallah hendaknya.

Miss K pun tak naklah doakan yang bukan-bukan sebab dah tertulis kan, bekas penyampai berita akan bertemu jodoh baru dan kahwin lagi kali keempat…Siapalah Miss K untuk menidakkan takdir?

Miss K: Tak pernah kahwin tapi pernah ter’taste’ lelaki mata keranjang!