HIBURAN
Bekas Staf Rocketfuel Didakwa Seleweng RM28,000, Hael Husaini Hadir Sebagai Saksi
Syarikat pengurusan hiburan, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd., hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kes saman terhadap seorang bekas kakitangannya yang didakwa menyeleweng wang berjumlah RM28,000.
Kes saman bekas kakitangan
Menurut Naib Presiden Rocketfuel, Prem Rajahram Anand, wang tersebut sepatutnya diterima hasil daripada persembahan penyanyi Hael Husaini, namun didakwa disalah guna individu berkenaan.
“Pada pertengahan tahun lalu, kami telah membuat satu laporan polis terhadap seorang bekas pekerja yang disyaki menyeleweng sejumlah wang daripada tawaran persembahan yang dipersembahkan oleh Hael.
“Kami telah memberi tempoh selama dua minggu untuk individu terbabit melunaskan bayaran tersebut, namun gagal. Akhirnya, dia memilih untuk menyelesaikan perkara ini melalui proses undang-undang,” katanya kepada media ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Hael hadir sebagai saksi
Hael yang turut hadir ke mahkamah sebagai saksi pula enggan mengulas lebih lanjut dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah.“Saya tak boleh nak ulas banyak kerana kes ini melibatkan syarikat saya dan saya terikat dengan Rocketfuel jadi ini adalah antara syarikat dan individu itu.
“Saya rasa kena tunggu keputusan dan apa-apa yang terjadi kita akan jadikan iktibar lah kepada semua,” ujarnya.
Prem turut memaklumkan bahawa sebutan kes pertama telah berlangsung pada November 2024.
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Didakwa Seleweng Duit Dana RM100,000, Along Cham Dedah Aaron Aziz Juga Mangsa Penipuan - “Paling Mengejutkan Apabila…”
ARTIKEL BERKAITAN:Suami Terbabit Kes Seleweng Wang Syarikat, Bunga Citra Lestari: – “Boleh Tak Kalau Saya Tidak Mahu Ulas”
ARTIKEL BERKAITAN:Nahas Gerik: Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian 15 Penuntut UPSI
ARTIKEL BERKAITAN:Fara Salleh Amuk Shuk Sahar Tak Hadir Mahkamah - “Kau Tahu Tak Jantan Aku Tengah Sarat Lagi Seminggu Nak Bersalin”
ARTIKEL BERKAITAN:Warden Pusat Tahfiz Tampar Pelajar Kerana Makan Roti Tanpa Kebenaran Didenda RM1,200
Kemudian, perbicaraan kes diteruskan hari ini dan akan bersambung dengan prosiding seterusnya yang dijadualkan pada pukul 2 petang ini.
Turut hadir, peguam yang mewakili Rocketfuel Entertainment iaitu Narainasami SM Alagu dan Ketua Music dan Kandungan Rocketfuel Entertainment Syakireen Othman.