HIBURAN
Fara Salleh Amuk Shuk Sahar Tak Hadir Mahkamah - “Kau Tahu Tak Jantan Aku Tengah Sarat Lagi Seminggu Nak Bersalin”
Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa berang apabila Shuk didakwa tidak hadir ke mahkamah bagi urusan pendaftaran perkahwinan mereka.
Bengang Shuk Tak Muncul
Menerusi muat naik di Instagram Stories, Fara kecewa apabila Shuk tidak hadir biarpun sudah diberi notis awal dan peringatan bagi urusan tersebut yang berlangsung hari ini.
“Seriously aku penat sangat... kau dah dapat notis naik mahkamah sebulan yang lepas dan seminggu yang lepas pun ada pihak yang remind kau pasal date mahkamah untuk urusan pendaftaran perkahwinan ni.
“Urusan pendaftaran perkahwinan ni aku buat bukan untuk kepentingan aku. Tapi aku buat untuk anak!,” tulisnya bengang.
Dalam masa sama, Fara yang kini sarat hamil itu turut menyifatkan Shuk seorang yang tiada hati perut apabila sering lepas tangan bagi urusan tersebut.
“Kau tau tak jantan yang aku dengan sarat lagi seminggu nak bersalin, dengan kaki bengkak sakit pinggang semua aku masih larat datang untuk urusan tu harini!!
“Kau bersenang lenang bercuti dengan anak anak kau dan mertua kau kat sana? Sedangkan kau tahu harini ada date penting!!! Tak boleh nak manage ke masa kau?
“Anak dalam perut ni anak siapa lagi? Segala urusan aku kau susahkan. Ini baru urusan pendaftaran belum urusan lain! Kau tak ada hati perut ke dalam hal ni? Aku dah cukup bagus takde block aku harapkan kau bagi kerjasama bab ini sahaja,” tegas Fara lagi.
Awal April lalu, Shuk Sahar didakwa telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fara Salleh melalui panggilan telefon dari Satun, Thailand.
Kemelut rumah tangga Fara dan Shuk bermula selepas wanita itu mendakwa menjadi mangsa penderaan mental suaminya dan dikatakan tidak menghiraukannya sepanjang berada di hospital.
Fara juga mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan sering kali mengutamakan rakan-rakannya.
Sekadar info, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Fara Salleh pada November 2023.
Untuk rekod, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.
Must-Watch Video