Bekas suami kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV), Mohd Amin Yassin akan menuntut harta sepencarian ketika mereka bercerai.
Hasrat itu dinyatakan Mohd Amin, 43, selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menolak tuntutan hadanah yang dibuat olehnya terhadap DSV.
BACA: “Alhamdulillah, Keputusan Berpihak Kepada Saya” – Datuk Seri Vida Dapat Hak Hadhanah
Kata bapa kepada Cik B dan Kacak itu, dia juga akan mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan.
“Cuma selepas ini saya akan buka kes harta sepencarian iaitu bermula ketika saya dan dia dahulu sehingga bercerai.
“Selain itu saya juga akan menuntut harta dua anak yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans mereka kerana ketika anak meninggal dunia dulu, saya tidak berpeluang untuk menatap kali terakhir,” katanya.
Mohd Amin dan DSV berkahwin pada 2000, namun pasangan berkenaan bercerai lapan tahun kemudian.
Selain Cik B dan Kacak, Mohd Amin dan DSV turut dikurniakan dua orang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie.
Eddie dan Edrie meninggal dunia dalam tragedi kebakaran rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri pada 2013.
Dalam tuntutan hadanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam ke atas dua anaknya, Mohd Amin mendakwa, kali terakhir beliau bertemu anak-anaknya itu ialah lebih tiga tahun lalu di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak selama 15 minit sahaja.
Kata Mohd Amin, sebagai bapa, dia amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.
Sumber: Metro TV, Awani
Amri Hassan
Mon Jan 04 2021
.jpg?ext=.jpg)

RM18.1 Bilion Telah Dikeluarkan, Hampir 30 Peratus Ahli KWSP Hanya Tinggal RM100 Dalam Bank
5.16 juta ahli telah keluarkan duit melalui skim i Sinar

#PMTepiKakGee: Ibuku 'Bersuami' Dua
semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik

Setelah Cubaan Pertama Gagal, Taecyeon Komen Comeback 2PM Tahun Ini
Please, please lah jadi tahun ni. Lama dah tunggu 2PM, sobs!

“Korang Akan Dapat Adik!” Issey Siap Tunjuk Stroller, Tapi Reaksi Krik Krik Anak-Anak Untuk Faham Memang Lawak
Krik krik tu yang paling lawak. Lucu la anak-anak Issey ni.

Side Kick Stephen Chow, Aktor Legenda Hong Kong, Ng Man Tat Meninggal Dunia
Ng cukup terkenal dengan aksi komedinya dalam Shaolin Soccer

“Takkan Saya Tak Dak Akai” – Mila Jirin Jawab Tuduhan Makan Tangan Kiri, Peminat Back Up: “Itukan Teknik Camera!”
Masih ada lagi yang suka tuduh-tuduh tanpa tahu sebab sebenar? Haish.

COVID-19: 2,364 Kes Positif Baharu, Selangor Masih Tertinggi
Jaga diri, jaga SOP, stay safe.

“Comel, Nampak Budak-Budak” - Licinnya Wajah Macam Kulit Telur! Hannah Delisha Makin Cantik Lepas Kahwin
Halusnya kulit Hannah Delisha ni, cantik terukkkkk!

#OhAbeNik: Flower Power! Girls... Ini Pokok Bunga Paling Mudah Tanam Dalam Rumah & Senang Jaga
Gegadis semua mari sini...

Vaksin Sinovac Tiba, KJ Sedia Jadi Penerima Pertama Suntikan Sinovac atau Spuntnik V
vaksin Sinovac perdana kali tiba hari ini