gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dua Bulan Baru Berani” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Pertama Mandikan Anak
HIBURAN
Mahkamah Perancis Jatuhkan Hukuman Dalam Kes Rompakan Kim Kardashian
BERITA
Bela Anjing Terbiar Untuk Dimasak Sebagai Makanan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Bela Anjing Terbiar Untuk Dimasak Sebagai Makanan

gempak
Asyraf Roslan
24/05/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Bela Anjing Terbiar Untuk Dimasak Sebagai Makanan

Seorang wanita warga China kini sedang disiasat selepas didakwa mengambil anjing terbiar dari beberapa rumah perlindungan untuk disembelih dan dijadikan hidangan makanan.

Menurut laporan Jimu News, kegiatan tersebut terbongkar selepas wanita yang dikenali dengan nama samaran Zhixuan memuat naik beberapa hantaran dan video di media sosial yang menunjukkan dia sedang memasak haiwan berkenaan.

Difahamkan, wanita itu menghubungi kakitangan pusat perlindungan haiwan di wilayah Liaoning menerusi aplikasi pesanan, kononnya ingin mengambil anjing secara percuma untuk dijaga.

Zhixuan berjanji akan membela haiwan-haiwan itu dengan baik dan bersetuju untuk menerima lawatan susulan daripada pihak rumah perlindungan.

Namun, beliau sebaliknya didakwa menyembelih anjing-anjing tersebut dan menjadikannya sebagai hidangan, malah memuat naik video memasak daging anjing di media sosial.

Susulan itu, kakitangan pusat perlindungan menemui hantaran tersebut dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Pengarah kumpulan penyelamat haiwan, Tan berkata, Zhixuan enggan memohon maaf walaupun telah ditegur secara peribadi.

Justeru, beliau menegaskan keperluan untuk menyaring latar belakang individu yang ingin memelihara haiwan liar atau terbiar bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Sementara itu, pihak Biro Penyeliaan Pasaran memaklumkan bahawa daging anjing yang dirampas dalam kes berkenaan sedang disiasat.

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video