Pelakon Ammar Alfian menasihati bekas isterinya, Nelissa Nezam agar menjaga kelakuannya dan jangan menghina mahmakah.
Jelas Ammar, seandainya keputusan hakim dan mahkamah tidak berpihak mengikut kehendak pihak tertentu, janganlah melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri.
"Saya baru balik dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan tergerak hati nak buat video ini berdasarkan apa yang hakim nasihat kepada kami. Rasanya beliau sudah terasa sakit hati dengan apa yang didengar di media sosial, mengenai mahkamah syariah ni bias pada lelaki.
"Saya tahu kenapa dia sampaikan nasihat itu kepada saya dan pihak belah sana (bekas isteri saya) sebab tulis dekat media sosial mengenai perasaan tak puas hati dia terhadap mahmakah yang berpihak pada saya.
"Ianya menyedihkan sebab kami ke mahmakah untuk mendapatkan keputusan. Hakim dan mahkamah ni orang tengah, apabila kita ke mahkamah (yakni tempat orang) tolong respeklah, tapi belah sana tak tunjuk.
"Bila kita datang rumah orang kita tunjuk hormat, jadi hakim pun terasa. Mahkamah pun tak besar mana, orang bercakap, apa yang kita buat di luar dewan orang semua perhatikan dan ada saksi... apabila pihak belah sana tunjuk perangai tak cantik jadi hakim pun terasa, nampak," katanya menerusi video panjang di Instagram Stories pada Khamis.
Tambah Ammar, tidak berbaloi untuk mengeluarkan kata-kata yang boleh memalukan diri sendiri termasuk berisiko untuk dipenjara sekiranya disabitkan dengan menghina mahkamah.
"Oleh itu, nasihat saya nak smpaikan, jangan maki atau hina mahmamah sebab boleh kena penjara lebih enam bulan. Kita tak nak masuk penjara hanya sebab pecakapan, itulah peribahasa Melayu selalu cakap kerana mulut badan binasa.
"Inilah dia salah satunya... Saya rasa elok pihak belah sana faham, kita ni manusia hidup sementara jangan berlagak, jangan ego. Kita tak hebat, tak kaya mana, ada lagi yang lebih kaya," tambahnya.
Ammar akui kesilapannya menjadi punca kepada perceraian dengan bekas isteri namun dia enggan 'berperang' untuk mendapatkan hak.
"Saya tahu dalam kes perceraian ini saya yang salah tapi jangan tunjuk jahat kita, kita nak berubah jadi kita tunjuk kebaikan kita, tunjuk rasa hormat kita.
"Kalau keputusan tidak mengikut kehendak kita, move on. Saya pasti ia bersebab. Alhamdulillah, saya mendapat keputusan yang diinginkan, perjuangan ini menang walau tidak secara keseluruhannya.
"Saya tak nak berperang dengan bekas isteri tapi saya masih ada perjuangan berkenaan anak lelaki saya. Saya tak jumpa anak saya dan saya nak jumpa dia. Entah dia masih kenal saya lagi atau tidak.
"Jadi, saya cuba berkomunikasi dengan bekas isteri saya baik-baik tapi siapa yang dekat tahulah," kata Ammar lagi.
Perkahwinan Ammar dan Nelissa berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan mereka bercerai secara tebus talak.
Hakim memerintahkan Nelissa membayar RM7,000 kepada Ammar sebagai proses tebus talak.
Nelissa dan Ammar mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun.
Konflik rumah tangga Ammar dan Nelissa meletus pada Mei 2019 selepas model itu mendedahkan suaminya menipu dan berlaku curang.
Awalnya, Ammar menolak tuduhan dan menganggapnya 'fitnah', sebelum akhirnya mengakui kenyataan Nelissa benar.
BACA: "Saya Takkan Maafkan Apa Dia Lakukan Pada Ibu & Ayah Saya" - Ammar Alfian, Nelissa Akhirnya Bercerai!
BACA: “Ammar Alfian Memang Suka Menuduh Saya...”- Nelissa Syukur Sudah Bercerai
Amri Hassan
Fri Nov 27 2020


Sah! Zarina Anjoulie Rujuk Balik Dengan Bekas Suami - “Tak Nak Putus Asa, Mungkin Dulu Kami...”
Alhamdulillah, doakan terbaik untuk mereka berdua

Wonder Woman, Gal Gadot Umum Hamil Anak Ketiga
Tahniah!

Isteri – Lepas Kahwin, Suami Dan Anak-Anaklah Kawannya. Ini Antara Sebab Kenapa Isteri ‘Hilang’ Kawan Sebenarnya.
Selepas berkahwin, perasan atau tak terutamanya kaum perempuan bagaikan semakin renggang dan kesudahannya ‘hilang’ kawan-kawannya. Kalau berhubung sekalipun di media sosial saja.

Masuk Klasifikasi Tontonan 18 Tahun Ke Atas, Apa Itu Borak Kelamin?
Borak Kelamin akan bersiaran sebanyak 10 buah episod

Berganda-Ganda Seram! Ini 2 Filem Horror Baru Anda Wajib Tonton Ketika Ini!
Boleh layan waktu PKP & PKPB ni!

Lady Gaga Masih Trauma & Takut
Meskipun dua ekor anjing yang diculik telahpun ditemui, penyanyi popular Hollywood, Lady Gaga dilaporkan masih berada dalam keadaan trauma dan terkejut.

Rief Daniel Dapat Idea Hasilkan Aku Solo Selepas Bertemu Yonnyboii
Mula-mula borak je, lepas tu terus jadi lagu! Fuhhh!

#SembangGajet: Tak Perlu Photoshop, Cipta Logo & Grafik Dengan Aplikasi Power Ini!
Mudah je semua boleh buat!

Kerana Watak Fika, Ezzaty Abdullah Suka Lakonkan Babak Aksi!
Ezzaty Abdullah Suka Lakonkan Babak Aksi!
.jpg?ext=.jpg)
Majlis Kahwin, Tahlil, Reunion, Akikah, Hari Jadi Dibenarkan!
Syaratnya patuh penjarakan sosial!