Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Belanjawan 2025 Perlu Beri Tumpuan Isu Kos Sara Hidup - PM Anwar

Gempak
06/08/2024 05:25 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Belanjawan 2025 dijadual dibentangkan pada 18 Oktober depan di Dewan Rakyat, memberi tumpuan kepada aspek menangani dan mengurangkan kos sara hidup.

Tumpu kos sara hidup rakyat

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata isu kos sara hidup sentiasa menjadi kebimbangan rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang terkesan.

"Sebab itu saya katakan kita dalam Belanjawan ini, selain isu yang kita bincangkan, kita usahakan juga masalah kartel, monopoli dan punca kenapa harga barang naik, semua ini harus kita tangani," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan (MoF) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

"Walaupun saya boleh sebut gula, minyak, tepung, minyak masak kita adalah paling murah...tapi bagi rakyat Malaysia, masih merasa beban.

BERITA TRENDING: UK Bergelut Dengan Rusuhan Terburuk Dalam 13 Tahun

BERITA TRENDING: Jepun Terus Rekod Suhu Tinggi Di Tengah Gelombang Haba Melampau

Perdana Menteri berkata MoF, menerusi usaha rentas kementerian, harus memikirkan dan mencari kaedah serta jalan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Kos sara hidup yang meningkat itu antara lain disebabkan oleh masalah ketirisan, rasuah, seludup dan kartel, katanya.

"Pengalaman Saudara (MoF) sama ada dalam penguatkuasaan atau perancang dasar akan lebih faham, tidak mungkin kita tidak fikir kaedah dan jalan untuk mengurangkan kos.

BERITA TRENDING: Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan

BERITA TRENDING: Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh


"Kos ini meningkat di antara lain (disebabkan) ketirisan, rasuah, seludup dan keuntungan berlebihan melalui kartel," katanya.

Sumber: Bernama menerusi Awani
;