Berita

UK Bergelut Dengan Rusuhan Terburuk Dalam 13 Tahun

gempak
Gempak
05/08/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
UK Bergelut Dengan Rusuhan Terburuk Dalam 13 Tahun
Pihak berkuasa United Kingdom (UK) berhadapan tekanan yang semakin meningkat pada Ahad (4 Ogos) untuk menamatkan rusuhan terburuk England dalam tempoh 13 tahun selepas insiden pembunuhan kanak-kanak yang sekali gus mencetus kekacauan melibatkan perusuh sayap kanan di seluruh negara.
Pergolakan berkaitan maklumat yang salah mengenai insiden tikaman beramai-ramai yang membunuh tiga remaja perempuan minggu lalu merebak ke beberapa pekan dan bandar pada Sabtu lalu ketika penunjuk perasaan anti-imigresen bertempur dengan polis.

Ujian besar buat Perdana Menteri UK

Pergesaran itu merupakan ujian besar kepada Perdana Menteri UK, Keir Starmer yang baru sebulan lalu terpilih menerajui negara selepas parti Buruh meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum negara itu.
Kira-kira 90 orang telah ditangkap selepas pertempuran meletus di perhimpunan paling kanan di banyak tempat termasuk Liverpool, Manchester, Bristol, Blackpool dan Hull serta Belfast di Ireland Utara.
BERITA TRENDING: Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan
BERITA TRENDING: Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh
Dalam beberapa situasi, perusuh membaling batu bata, botol dan suar ke arah polis sehingga mencederakan beberapa pegawai, merompak dan membakar kedai, manakala penunjuk perasaan menjerit cemuhan anti-Islam. Keganasan itu adalah yang paling teruk dialami England sejak musim panas 2011, apabila rusuhan berleluasa berlaku berikutan pembunuhan polis terhadap seorang lelaki berdarah campuran di utara London.
"Kami telah mengalami rusuhan dan pergaduhan seperti ini, tetapi ia hanya berlaku di kawasan-kawasan tertentu di negara ini. Kini, kita dapat lihat rusuhan berlaku di beberapa bandar dan pekan utama," kata Tiffany Lynch dari Persekutuan Polis England dan Wales.

Dalam perkembangan sama, kerajaan UK berkata, polis mempunyai "semua sumber yang mereka perlukan" untuk menangani gangguan itu ketika pegawai memberi amaran lebih banyak demonstrasi pada Ahad, yang membawa kepada kebimbangan pergolakan boleh merebak lagi.

Pihak berkuasa juga telah mengatur pegawai tambahan manakala Menteri Kehakiman Shabana Mahmood menegaskan "seluruh sistem keadilan bersedia untuk menjatuhkan hukuman secepat mungkin".
Menteri Kepolisan Kerajaan, Diana Johnson pula memberitahu BBC News, polis ‘tidak akan bertolak ansur’ dengan rusuhan dan berikrar aka nada ‘hukuman’ ke atas mereka yang mencetuskan rusuhan itu.
Pergolakan itu memasuki hari keempat pada Sabtu di beberapa bandar dan pekan berikutan serangan pisau kegilaan Isnin lalu di Southport, berhampiran Liverpool di pantai barat laut England. Rusuhan itu didorong oleh khabar angin palsu di media sosial mengenai latar belakang suspek berusia 17 tahun kelahiran Britain, Axel Rudakubana yang didakwa atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh berhubung serangan di kelas tarian bertemakan Taylor Swift, minggu lalu.
Rudakubana dituduh membunuh Bebe King yang berusia ena tahun, Elsie Dot Stancombe (7) dan Alice Dasilva Aguiar (9) selain mencederakan 10 orang lagi. Polis berkata, rusuhan berkaitan keganasan ke atas penyokong dan pertubuhan berkaitan Liga Pertahanan Inggeris iaitu sebuah pertubuhan anti-Islam yang ditubuhkan 15 tahun lalu yang penyokongnya telah dikaitkan dengan hooliganisme bola sepak.
Perusuh turut menyasarkan masjid di Southport dan di bandar Sunderland di timur laut Inggeris mendorong ratusan pusat Islam meningkatkan keselamatan berhubung kebimbangan terhadap keselamatan jemaahnya.
Pada pilihan raya bulan lalu, parti Buruh memperoleh 14 peratus undi - salah satu bahagian undi terbesar untuk parti British berhaluan kanan.
Starmer menuduh "samseng" "merampas" kesedihan negara untuk "menyemai kebencian" dan telah mengumumkan langkah baharu untuk membolehkan perkongsian perisikan, penggunaan teknologi pengecaman muka yang lebih meluas dan perintah tingkah laku jenayah untuk menyekat pengacau daripada melakukan perjalanan.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pentinju Itali Ingin Minta Maaf Kepada
BERITA TRENDING: Isteri MK K-Clique Selamat Lahirkan Cahaya Mata
Menteri Kepolisan, Johnson pula berkata, kerajaan akan melakukan "apa sahaja yang diperlukan" untuk memastikan orang ramai dibawa ke muka pengadilan, termasuk kemungkinan mahkamah bersidang semalaman seperti yang mereka lakukan semasa rusuhan pada 2011.
Sumber: Awani menerusi Agensi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live