Berita

Jepun Terus Rekod Suhu Tinggi Di Tengah Gelombang Haba Melampau

gempak
Awani
04/08/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Jepun Terus Rekod Suhu Tinggi Di Tengah Gelombang Haba Melampau
Gelombang haba yang melampau di Jepun masih berterusan tanpa tanda-tanda reda, dengan suhu di Kyushu hampir mencecah 40 darjah Celsius pada Ahad, lapor Xinhua memetik ramalan cuaca.
Kawasan di barat dan timur Jepun dijangka mengalami suhu melebihi 35 darjah Celsius sepanjang hari, menyebabkan amaran strok haba dikeluarkan di 37 wilayah.

Gelombang haba melampau

Dengan cuaca panas yang berterusan hingga malam, suhu pada waktu siang Ahad diramalkan mencapai tahap berbahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nihon Matsuri 2024: Festival Jepun Terbesar Kembali dengan Tarikan Baharu Yang Menarik!

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Padah Merokok! Gimnas Jepun Dihantar Pulang

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Jepun Ini Anggap Cendol Sebagai Ramen, Siap Masak Buat Sup!

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 13 Tahun, Lelaki Jepun Ini Tetap Setia Cari Isteri Yang Hilang Semasa Tsunami - “Saya Sentiasa Fikir Dia Mungkin Berada Di Kawasan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terhibur Pengantin Lelaki Hadir Sebagai Ultraman - “Macam Mana Makan Beradap, Suap Ikut Mana?”

Di Kurume, Fukuoka, suhu dijangka mencapai maksimum 39 darjah Celsius manakala di Saga dan Kumamoto, suhu dijangka mencapai 38 darjah Celsius.

Tokyo dijangka mengalami suhu sekitar 35 darjah Celsius.

Sehingga 11 pagi waktu tempatan pada Ahad, indeks tekanan haba atau Wet Bulb Globe Temperature (WBGT), mencapai tahap merah di kebanyakan bahagian negara.
Ia mewakili tahap risiko strok haba tertinggi dalam sistem lima peringkat yang digunakan di Jepun, menurut data rasmi.
Pihak berkuasa menasihatkan penduduk untuk kekal di dalam rumah dan dalam persekitaran yang sejuk serta merancang aktiviti musim panas.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani Kredit foto: Japan Times
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live