Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bella Astillah, Aliff Aziz Bakal Bercerai Hari Ini?

Asyikin Mayudin
04/04/2024 04:03 MYT
Pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz dilaporkan bakal bercerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Bella yang hadir bersama adiknya, Didi Astillah dan ibu, Siti Zarina Astillah berkata dia hanya berharapkan segala proses dipermudah dan mendapat kata sepakat.

“Semoga berjalan lancar. Kita tengok apa pendirian dia. Semoga dapat kata sepakat dan tak ada apa masalah.

“Apa-apa pun keputusan lepas ini, saya akan ikut semua proses. Kita tengok macam mana. Apa-apa pun, doakan saya,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: “Dia Kata Allah Bagi Perasaan Itu” - Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Pernah Minta Cerai

Peguam syarie mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais berkata dia difahamkan oleh peguam Aliff, Hadi Salleh, anak guamnya akan hadir pada sebutan hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh peguam Aliff dia akan hadir. Jadi hari ini dijadualkan Aliff akan hadir dan menyatakan pendirian dia setuju atau tidak. Kalau tidak, mereka perlu melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

“Yang isu semalam kami jawab selepas kes nanti. Berapa peratus mereka akan cerai, kena tanya peguam Aliff,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: “Curang Dengan Adik Saya Sendiri” - Bella Astillah Dedah Sudah Dicurangi 11 Kali

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

BERITA TRENDING: Tidak Ada Yang Lebih Bijak, Bella Failkan Cerai Kali Kedua Buat Aliff Aziz

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Manakala Bella mengakui berlaku curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir buat kali pertama pada tahun lalu atas sebab mahu membuatkan suaminya yang ketika itu mempunyai skandal berasa cemburu.
#Kontroversi #cerai #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies
;