HIBURAN

Bella Astillah Bahagia Dengan Syed Saddiq - ”Dia Seorang Lelaki…”

Ainun Md Zooki 05/07/2025 | 06:55 MYT
Pelakon, Bella Astillah mengakui dirinya berasa sangat bahagia apabila menjalinkan hubungan persahabatan yang baik bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.

Menerusi satu potongan video dari Podcast Kitsui, bekas isteri Aliff Aziz itu menyifatkan Syed Saddiq merupakan seorang lelaki yang memiliki keperibadian baik dan layak digelar sebagai ‘lelaki green flag’.

“Apa perasaan berkawan dengan Syed Saddiq?

“Saya bahagia. Dia seorang yang baik dan lelaki green flag,” ujar Bella ringkas.

Tambahnya lagi, personaliti yang dimiliki bekas Menteri Belia dan Sukan itu seolah-olah mencerminkan dirinya sendiri tetapi dalam versi lelaki.

“Saya rasa bila saya jumpa YB Syed Saddiq dan tengok dia, saya rasa macam jumpa lelaki versi Bella Astillah,” jelasnya.

Sekadar info, hubungan akrab antara Bella dan Syed Saddiq mula mencuri perhatian warganet selepas mereka digandingkan sebagai duta bagi satu jenama baju raya tempatan pada tahun ini.

Malah, timbul juga dakwaan mengatakan mereka telah bertunang secara senyap. Namun, kedua-duanya tampil menafikan spekulasi tersebut serta enggan mengulas lanjut mengenai status sebenar hubungan mereka.

BERITA BERKAITAN: Ada Perancangan Ke Arah Perkahwinan, Syed Saddiq Harap Kehidupan Peribadi Dihormati - “Memang Ada Niat Tapi…”

BERITA BERKAITAN: Sentiasa Ada Di Sisi, Syed Saddiq Terhutang Budi Dengan Bella Astillah - “Minta Maaf La Saya Tak Bawa Dia…”

BERITA BERKAITAN: Bukan Saja Peminat BASS, Fasha Sandha Pun Syukur Syed Saddiq Bebas Pertuduhan - “Baru Cakap Fasal Benda Ini Dengan Bella Astillah Masa…”

BERITA BERKAITAN: Buat ‘Video Call’, Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Speechless’ Dengan Soalan Umie Aida - “Kita Tanya Direct Sangat Bab…”

#Bella Astillah #Syed Saddiq #Bahagia #Lelaki #Green Flag