Bella Astillah Buka Mulut Dakwaan ‘Berbalas Lagu’ Di Media Sosial Dengan Aliff Aziz
Mya Amri
21/04/2024 00:55 MYT
21/04/2024 00:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah enggan mengulas lanjut mengenai tindakan suaminya, Aliff Aziz yang memuat naik video pendek di Instagram Story dengan berlatarkan lagu berjudul 'Since You Been Gone' nyanyian Kelly Clarkson.
Bella beranggapan, Aliff berkongsi mungkin kerana dia menyukai lagu tersebut.
“No comment, tak apalah, mungkin dia suka lagu itu. Tetapi saya tidak pernah dengar dia menyanyi pula selama ini. Itu sahaja,” ulasnya ringkas.

Bella beri penjelasan muat naik lagu di TikTok
Sementara itu, ketika ditanya sama ada lagu yang dimuat naik olehnya di Tiktok itu sebagai tanda membalas lagu Aliff, Bella berkata ia sama sekali tidak benar.
Malah, Bella juga memohon maaf sekiranya posting yang di muat naik itu telah mengundang salah faham netizen atau terasa dengan perkara itu.
“Lagu yang saya muat naik di TikTok itu bukanlah lagu balas. Sebaliknya, hantaran itu adalah untuk ulasan produk.
“Saya tidak ada niat nak balas, kalau boleh tak nak pun dan saya minta maaf pada semua kalau ada perbuatan saya yang mengguris perasaan kawan-kawan atau netizen di luar sana.
“Saya tak ada niat, saya mohon maaf,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!
BERITA TRENDING: “Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
BERITA TRENDING: "Kalau Suami Hilang, Cari Rumah Kawan" - Bella Astillah
Sebelum ini, video Aliff dan Bella menarik perhatian umum apabila kedua-duanya didakwa memuat naik lagu yang menggambarkan situasi mereka sekarang.
Untuk info, pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.
Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

BERITA TRENDING: “Hanya Dia Yang Ada Gambar Saya Dan Muaz” - Bella Akui Khilaf, Hanya Mahu Buat Aliff Cemburu
BERITA TRENDING: “Curang Dengan Adik Saya Sendiri” - Bella Astillah Dedah Sudah Dicurangi 11 Kali
Manakala Bella mengakui berlaku curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir buat kali pertama pada tahun lalu atas sebab mahu membuatkan suaminya yang ketika itu mempunyai skandal berasa cemburu.