Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mendedahkan wajah anak keduanya.

Menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram, Bella turut mengumumkan nama puteri yang baru dilahirkannya pada 18 Julai lalu.

BACA: "Syukur Alhamdulillah, Bella Dah Selamat Bersalin" - Bella Astilah

"Sangat berharga dan comel. Selamat datang ke dunia, puteri kecilku @araadreanna.

"Menjadi ibu membuatkan saya sangat penat dan sangat gembira! Saya rasa sangat bersyukur, Alhamdulillah," tulis Bella di ruangan kapsyen.

So precious and small.. Welcome to the world, lil’ princess @araadreanna ❤️ (mini me) Being a mom has made me so tired. AND SO HAPPY! I’m so blessed. Alhamdulillah ✨ P/s: thank you mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot?? mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you :’)

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on


Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu memuat naik gambar bersama dua orang anaknya yang diambil menerusi sebuah sesi fotografi.

Bella dan anak-anaknya kelihatan segak menyarungkan busana sedondon.

Dalam pada itu, Bella turut berterima kasih kepada ibunya, Eina Astillah yang menjahitkan baju untuk puteri kecilnya malam sebelum sesi fotografi diadakan.

"Terima kasih mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot.

"Mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you," tulis Bella lagi.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden Adrean yang kini berusia empat tahun.

Namun rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan sah bercerai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali dalam tempoh iddah.