HIBURAN
Bella Astillah Menangis Tengok Video Anak Nyanyi Lagu ‘Lebih Indah Berpisah’
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, tidak dapat menahan sebak selepas menonton video anak sulungnya, Ayden, menyanyikan lagu terbaharunya berjudul Lebih Indah Berpisah.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkongsi reaksinya sebaik melihat rakaman tersebut.
“Bella baru berkesempatan nak tengok video Ayden nyanyi lagu Lebih Indah Berpisah, mesti idea Didi yang suruh (Ayden menyanyi).@bellaastillah_94 Eeeeee sebab tu takut tengok akan tenangis bha🥺 #LebihIndahBerpisah #UniversalMusicMalaysia #MyMusic @Ade Govinda ♬ original sound - Bella Astillah
“Thank you Ayden, nangis Mummy tengok video,” ujarnya di dalam video tersebut.
Dalam video tersebut, Bella kelihatan menyeka air mata menggunakan tisu sambil menonton nyanyian Ayden yang begitu menyentuh hati.
Video berkenaan bukan sahaja mengundang emosi buat Bella, malah turut meruntun hati netizen yang rata-rata meluahkan rasa sebak di ruangan komen.
“Ayden saksi betapa kuatnya Mommy lalui hidup. Betapa dia kerja keras untuk besarkan anak-anak. Dia lah ibu, dia lah ayah.
“Getaran suara Ayden tu yang membuatkan rasa nak menangis. Ayden memang ada bakat, Bella.
“Jangan sedih Bella. Kebahagiaan menanti di hadapan. Nyanyian menyusuk kalbu dari anak untuk ibunya,” komen beberapa netizen.
‘Lebih Indah Berpisah’ hasil kolaborasi istimewa antara komposer dan pemuzik terkenal Indonesia, Ade Govinda bersama Bella Astillah.
Lagu yang penuh makna mendalam berkisarkan keberanian melepaskan demi kebahagian yang membawa kisah tentang kekuatan hati untuk merelakan cinta yang tidak lagi dihargai bagi membuka lembaran hidup yang lebih indah.
Must-Watch Video