Sebuah drama bersiri di bawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak telah menemui penonton dengan episod keenam pada malam ini.

Drama bergenre komedi seram ini menampilkan barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose, Alicia Amin, Maya Hanum Fikhree Bakar, Nabil Zakaria dan Arwan.

Bukan itu sahaja, drama ini juga diserikan dengan pelakon handalan seperti Fatimah Abu Bakar dan Datuk Malek Noor serta penampilan nama-nama besar selaku cameo seperti Amber Chia dan pelumba negara Alex Yoong.

Dalam episod kali ini, Bella semakin mengganas apabila mula menggigit Joe untuk dijadikan zombie.

Semua ini berpunca daripada perasaan bengang apabila rancangannya tak menjadi.

Dalam masa yang sama, Suraya, Malik, Jay dan Fifi mula berpakat untuk pecah masuk sarang Bella tapi diserang Zafran dan Amran.

Diilhamkan oleh Anwar Hadi, drama terbitan syarikat produksi Red Comm ini Shamyl Othman selaku sutradara dan sokongan panel penulis skrip yang terdiri daripada Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Januari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).

Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.