,
Laman Utama

Belum Bersedia Jemput Afdlin Shauki & Awie Sebagai Tetamu, AC Mizal - “Bayaran Perlu…”

Shahrin Zulkifle
17/03/2023
12:00 MYT

Meskipun memiliki siaran televisyen jenama sendiri, pengacara dan pelakon, Datuk AC Mizal mendedahkan dirinya masih belum bersedia untuk menjemput beberapa rakan baiknya seperti Datuk Awie dan Datuk Afdlin Shauki sebagai tetamu program.

AC yang juga bertindak sebagai Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Kandungan Suke TV berkata hal itu disebabkan dia masih belum mampu untuk membayar mereka.

“Saya buat masa sekarang ini masih belum ada konten yang sesuai dengan mereka macam Afdlin Shauki, Awie dan lain-lain.

“Satu perkara yang kita semua tahu, mereka merupakan nama-nama yang besar, walaupun mereka kawan saya tetapi bayaran tetap perlu profesional, saya masih belum mampu.

“Saya perlu hormat harga mereka, saya tidak mahu mereka bekerja dengan saya tapi rasa tertekan. Saya mahu mereka menghargai,” katanya kepada Gempak.

AC berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan ulang tahun pertama Suke TV yang berlangsung di ibu kota, pada Khamis.

Bagaimana pun, kata AC lagi, dia ada memasang impian untuk menjemput rakan baiknya itu kelak.

“Jenama Suke TV masih baru lagi bertapak, slow and steady. Insyallah akan datang.

“Ada juga impian untuk buat konsert bersama mereka untuk kami tayangkan di Suke TV tetapi banyak lagi yang perlu dipersiapkan,” tambahnya.

Pada acara tersebut Suke TV turut memperkenalkan beberapa rancangan baharu termasuk Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Suke Tanya Ustaz, Suke Celeb Raya, Berita Latah Musim ke-4, Tanya Jer Musim ke-2 dan Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2.

Bermatlamatkan untuk menghiburkan rakyat dan memperkasakan industri, Suke TV juga telah bekerjasama dengan juruanimasi tempatan, Wan Animation Studios, untuk memperkenalkan kandungan animasi kreatif mereka dan juga Suke U Movies, program yang akan diterajui oleh tenaga pelatih industri dengan sokongan dan bimbingan daripada kakitangan Suke TV.

Suke TV merupakan rangkaian penyiaran hiburan dan pembelian dari rumah yang terbaru di Malaysia. Berteraskan moto "Bringing Happy Back", Suke TV bertujuan untuk menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan genre program yang berbeza.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

gempak
15/11/2024
04:05 MYT
Pelakon dan pengacara, AC Mizal tampil memberi respons dakwaan syarikat stesen televisyen miliknya mempunyai tunggakan bayaran gaji terhadap pekerja seperti yang heboh baru-baru ini.
Hiburan

Risiko Banjir & Hujan Lebat Punca Rock Warrior Music Festival Ditunda Ke Mei 2025!

gempak
11/11/2024
03:20 MYT
Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November depan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur akan ditunda tarikhnya kepada bulan Mei tahun hadapan.
Hiburan

Belanjawan 2025: Peruntukan RM300 Juta Program Belia Kreatif MADANI, FDAM Sahut Seruan Kerajaan - "Moga Lebih Banyak Bakat Harumkan Nama Malaysia"

gempak
19/10/2024
08:40 MYT
Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki, menyambut baik pengumuman Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, dalam Pembentangan Bajet 2025 yang memperuntukkan RM30 juta untuk program Belia Kreatif MADANI.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Tiada Penyingkiran Minggu Kelima! Kiki Fateeha Kekal Tangga Pertama, Datuk Awie Komen - "Pitching Suara Awak Tak Goyah"

gempak
18/10/2024
15:58 MYT
The Chosen One 2024 minggu kelima telah menyaksikan kesemua peserta layak ke minggu yang seterusnya.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Wany Hasrita Anggap Qal Daienesh Banyak ‘Improvement’, Tak Patut Tersingkir - “Kami Telah Berusaha Mempelbagaikan… ”

gempak
12/10/2024
08:55 MYT
Penyanyi Wany Hasrita meluahkan rasa sedih apabila anak didiknya atau mentee, Qal Daienesh tersingkir pada minggu keempat The Chosen One 2024 yang berlangsung pada Jumaat.
Unitar