Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan meluahkan rasa rindu terhadap anak bongsunya menerusi hantaran di Instagram Story.

Menerusi kemas kini tersebut, Fara memberi bayangan yang dia masih lagi tidak berpeluang menyambut hari raya bersama.

Belum sempat beraya

“Bila lah nak dapat beraya dengan awak sayang. Abang Yusuf selalu tanya adik mana. Duit raya adik pun ada Abang Yusuf mintakan dekat semua. Semua sangat rindu adik,” tulisnya.

Sebelum ini, menerusi hantaran Instagram Story, Fara turut memberitahu yang dia masih tidak dapat berjumpa dengan anaknya selain panggilan yang cuba dibuat tidak berjawab.



“Ibrahim dah marah kenapa mama call tak angkat, rindu anak mama yang sangat aktif ini. Kalau tiada halangan mesti dah jumpa adik kan?

“Tipu dosa, mati seksa kan adik? Ibrahim pun cakap takut,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa dirinya sebagai kakak kepada Ippo mendawak Ippo telah melarikan anak bongsunya daripada Fara.

Selain itu, Ippo juga didakwa tidak bertemu dengan anak sulungnya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu lalu.

Kemudian, Ippo menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan kepada isteri yang dia mahu menjaga anak bongsu sementara anak sulung mereka di bawah jagaan Fara.

Dalam masa sama, Ippo turut menjelaskan yang kes melibatkan hak penjagaan anak mereka juga masih lagi berjalan di mahkamah.

Untuk rekod Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Namun, pada 12 Mac yang lalu, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, bagi sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz yang difailkan olehnya terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”

ARTIKEL BERKAITAN: 4 Bulan Isteri Tak Balik Rumah, Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz - “Sebagai Seorang Suami Memang Saya…”