Pelakon Datin Anne Ngasri mendedahkan berat badannya kini sudah turun 10 kilogram meskipun belum selesai berpantang.
Anne memberitahu selama sebulan dia telah melakukan segala amalan berpantang dengan konsisten yang dibantu ‘mak bidan’.
“Alhamdulillah syukur hampir tamat dah saya berpantang. Sebulan juga saya berurut, bersauna dan bertangas dengan makcik saya ....terima kasih kerana berjaya buatkan saya hilang 10kg... Memang saya sangat berpuas hati dengan “penjagaan” yang diberikan. Thank you aunty!”tulisnya.
Kongsinya di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata memuji penampilan Anne serta kecomelan bayinya.
Anne melahirkan anak kelimanya, Nefa Naura pada 28 November lalu.
Anne yang pernah popular menerusi drama bersiri Cili Padi mendirikan rumah tangga dengan Sumali pada 22 Disember 2012.

Anne dan Sumali dikurniakan seorang anak lelaki Sufi Harraz yang kini berusia lima tahun.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.