KELUANG MAN
Belum Release Tapi Netizen Dah Start Teka Nama Penyanyi OST Keluang Man, Bunkface, SOG & Shila Amzah Antara Yang Dipetik
Tinggal sehari sahaja lagi sebelum penyanyi runut bunyi atau OST bagi filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man didedahkan.
Netizen teka siapa
Namun, bagi peminat yang sudah melihat teaser pendek dikeluarkan menerusi hantaran di Instagram Astro Shaw, masing-masing mempunyai pandangan tersendiri.
Malah mereka juga turut meneka dan beberapa nama penyanyi popular juga disebut bakal menjadi penyanyi OST tersebut.
Antara nama yang menjadi pilihan netizen termasuklah Bunkface ft. Faizal Tahir, SOG & Shila Amzah, Iman Troye dan Hans Zimmer.
Selain itu, nama Eleven Tonight, Jep Sepahtu dan Jake Hays juga turut dipetik netizen.



Jadi siapa sebenarnya penyanyi OST Keluang Man?
Jawapannya akan terungkap pada 21 Februari 2025, Jumaat ini di media sosial Astro Shaw.