Laman Utama

Berani Ke Nak Makan? Menu Kari COVID & Roti Mask Ini Jadi Tarikan Di...

gempak
Hanafis Haris
05/08/2020
10:01 MYT
Sponsor Banner
Berani Ke Nak Makan? Menu Kari COVID & Roti Mask Ini Jadi Tarikan Di...

Pelbagai cara digunakan oleh peniaga untuk menarik perhatian pelanggan terutamanya ketika berdepan dengan pandemik COVID-19.

Namun, di India, sebuah restoran menggunakan COVID-19 itu sendiri sebagai menu terbaru mereka.

Menerusi laporan New Indian Express restoran di Jodhpur ini menghasilkan menu istimewa iaitu kari COVID dan roti nan pelitup muka.

Menurut pemilik restoran tersebut, dia meletakkan harapan tinggi pada menu tersebut untuk menarik kembali pelanggan yang semakin berkurangan.

“Ketika ini merupakan detik yang amat sukar buat kami.

“Orang ramai masih bimbang makan di restoran walaupun sekatan sudah dilonggarkan.

“Oleh itu kami perlu buat sesuatu yang unik dan menarik,” katanya.

Jelasnya, mereka mencampurkan herba tambahan dan rempah yang terbaik dalam masakan tersebut untuk kesihatan orang ramai.

“Hidangan kari Covid diperbuat daripada sayur digoreng yang kelihatan seperti bentuk koronavirus dan dimakan bersama roti menyerupai pelitup muka,” katanya.

Difahamkan, India kini merekodkan lebih 50,000 kes jangkitan pada setiap 24 jam dan menjadi negara ketiga terjejas di dunia.

Kematian di India mencecah lebih 38,000 kematian.

Sumber: New Indian Express

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live