Laman Utama

Berat Badan Bertambah Selepas Jadi Ibu, Ernie Zakri Menangis Depan Syamel - “Proses Setiap Individu Tidak Sama…”

Asyikin Mayudin
01/01/2023
12:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri pernah menangis di hadapan suaminya iaitu Syamel disebabkan berdepan masalah berat badan selepas melahirkan anak sulung mereka.
Memahami perasaan rakannya Uyaina Arshad yang berdepan situasi sama, Ernie berkata bukan mudah untuk menurunkan berat badan selepas bergelar seorang ibu.
“Saya pernah mengadu kepada Syamel sehingga menitiskan air mata kerana kesukaran untuk mendapatkan berat badan ideal selepas melahirkan.
“Jadi saya faham perasaan Uyaina apabila berhadapan ‘body shaming’ yang dilemparkan oleh segelintir pihak. Proses setiap individu tidak sama.
“Ada yang mudah untuk menurunkan berat badan dan ada juga yang mengambil sedikit masa untuk kembali mendapatkan berat badan ideal,” katanya.
Usia sudah menginjak fasa 30-an, Ernie menyedari dia perlu menerima perubahan dari segi penampilan fizikal dan kesihatan diri.
Jelas Ernie, fokus dan visi utamanya pada ketika ini adalah kesihatan dalaman berbanding bentuk tubuh yang kurus semata-mata.
“Saya lebih mengutamakan kesihatan dalaman yang perlu pulih sepenuhnya selepas melahirkan. Itu yang menjadi fokus utama berbanding bentuk tubuh.
“Biarlah proses itu mengambil sedikit masa asalkan dalaman sihat. Memang tidak dinafikan penampilan penting bagi selebriti, tetapi tidak perlu tergesa-gesa,” katanya.
Ernie mendirikan rumah tangga dengan Syamel pada 22 Mac 2021. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha berusia sembilan bulan.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Universal Music Malaysia & Alternate Records Kini Jadi Rakan Strategik, Pacu Revolusi Muzik Tempatan!

gempak
15/07/2024
18:00 MYT
Dua ‘label’ berkolaborasi menjadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-artis tempatan untuk meluaskan pengaru
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.
Hiburan

Takut Terjebak Isu Penyondol, Ini Cara Syamel Jaga Rumah Tangga Bersama Ernie Zakri!

gempak
14/03/2024
00:55 MYT
Syamel sentiasa berwaspada
Hiburan

GMWA2023: Danial Kifli Berdebar Bersaing Dengan Aina Abdul - "Kalah Atau Menang Saya Dah ..."

gempak
16/02/2024
12:00 MYT
Danial Kifli berdebar dengan senarai pencabarnya.