Hiburan
Berat Badan Pernah Naik 20 Kilogram, Ameera Zaini Bimbang Proses Kehamilan Anak Kedua
Personaliti televisyen, Ameera Zaini akui berubah menjadi seorang yang sangat obses tentang berat badan sepanjang mengandungkan anak kedua ini.
Jelas Ameera, dia mempunyai pengalaman berat badannya naik sebanyak 20 kilogram (kg) ketika hamil anak sulung, Mateen.
"Jumlah berat badan yang naik, 10 kilogram. Mungkin ada yang kata Meera obses dengan berat badan.
"Ya, saya sangat bimbang tentang berat badan sepanjang proses kehamilan saya. Sebab semasa perjalanan kehamilan pertama, berat saya naik 20 kg.
"Dan doktor memberi amaran kepada saya tidak makan untuk dua orang semasa saya hamil lagi.
"Jadi bila kali kedua hamil ni, hari-hari saya periksa berat naik berapa. Kadang-kadang naik banyak, kadang-kadang tak naik," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).
Dalam pada itu, Ameera juga mendedahkan kesanggupannya menahan nafsu makan sehinggakan perut menjadi berangin.
"Ada sekali tu Meera cakap dengan my current gynae, Meera selalu masuk angin, sebab asyik lapar walaupun baru makan 10 minit lepas.
"Jadi saya tahan lapar. Dan doktor saya begitu positif dan berkata, makan je la Meera.
"Bila berat naik lebih sikit, tidak apa-apa memang hamil kena naik berat pun. Rasa sedap sikit hati.
"Sebab kan kandungan dah masuk lebih kurang 29 minggu, apa yang saya nak hanyalah dengan perubahan badan saya dan gembira dengan perjalanan ini.
"Nak makan je pape yang terlintas dalam kepala. Tapi semestinya masih lagi kena berpada-pada la kan.
"Kalau ikutkan my BMI, saya dibenarkan untuk tambah berat sebanyak 15 - 17kg. Jadi kita lihat, ada lebih kurang 10 minggu lagi ni," tulisnya lagi.
Ameera dan suami, Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mateen. Kini, Ameera sedang hamil tujuh bulan.
Must-Watch Video