Pelakon Sherry Alhadad mendedahkan berat badannya turun sehingga 16 kilogram (kg) ketika menjalani penggambaran drama Gempak Original Series, The Maid 2.
Kata Sherry disebabkan penggambaran The Maid 2 tertangguh dalam masa setahun, dia telah tampil dalam dua bentuk badan yang berbeza dalam satu babak.
“Jika orang perasan nanti dalam satu babak di yatch (kapal layar) tu. Berat badan saya berbeza ketika naik dan turun yatch.
“Masa naik itu kita shoot masa Ramadan tahun lalu dan setahun kemudian bulan Syawal hari itu baru kami shoot untuk babak turun kapal layar pula.
“Berat badan saya ketika itu berbeza sehingga 16kg,” katanya kepada Astro Gempak.
Sherry yang memegang watak Suhana dari musim pertama itu, bakal muncul dalam The Maid 2 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 6 Julai 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Selain Sherry drama yang diarahkan bersama oleh Michael Ang dan Hadith Omar itu turut dibintangi oleh Datin Seri Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil dan Norman Hakim. Musim terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.
Pun begitu, Sherry pasti perubahan bentuk badannya di dalam The Maid 2 tidak akan kelihatan ketara oleh penonton.
“Saya rasa penonton tidak akan perasan kerana ia tidak kelihatan ketara seperti wajah saya cengkung atau sebagainya. Cuma produksi sahaja tahu disebaliknya.
“Cuma kalau perasan saya nampak seperti ‘ada leher’ macam jenjang sikit berbanding sebelum ini,” tambahnya lagi.
Mengulas mengenai pengalamannya yang terpaksa memasuki set penggambaran selepas setahun terhenti, Sherry akui perlu menonton kembali drama itu dari musim terdahulu di laman web Astro Gempak.
“Masa nak masuk balik set tu dan nak dapatkan mood saya perlu tonton kembali episod yang lalu untuk tengok balik cara dan lenggok watak Suhana bercakap dan sebagainya.
“Chemistry dengan pelakon lain pula tiada masalah kerana kami memang sudah kenal dan biasa bekerjasama,” ujarnya.
The Maid 2 bakal menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana, Nadia dan Fika selepas mereka diceraikan oleh Jay, penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.
Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.
Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.
Khas untuk pelanggan Astro, mereka berpeluang menyaksikan dua episod pertama secara serentak, juga pada 6 Julai 2022 mulai jam 9.30 malam secara strim menerusi On Demand. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati siri komedi ini di Astro.
Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05 mulai 6 Julai. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.
Syafiqah Jalal
Tue Jul 05 2022
.jpg?ext=.jpg)

Mangsa Dakwa Lakukan S*ks Dengan R. Kelly Ratusan Kali Seawal Usia 15 Tahun
Penyanyi R. Kelly kini menjalani kes mahkamah buat kali kedua atas tuduhan melakukan pornografi kanak kanak dan beberapa kes lain berkaitan seksual.

Isteri Selamat Dibedah, Ramai Doakan Achey – “Semoga Dipermudahkan Semuanya”
Semoga dipermudahkan semuanya.

Sooka Original Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku
Drama Original siri sooka berjudul Kau Vs Aku merupakan adaptasi webnovel Wattpad karya Nurul Husnina Mockthar.

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!
Adik-beradik fesyen!

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”
Takde rezeki.

'Alat Muzik Lama' Didakwa Punca 25 Pelajar Sekolah Diserang Histeria
Semoga dipermudahkan.

Duit & Kerja Tak Ada, Amber Heard Ditawar Berlakon Filem Porno?
Nama Amber Heard dan Johnny Depp memang mendominasi ‘carta’ pemberitaan dari serata dunia sepanjang tahun ini.

Gara Gara Suntik Silikon Di Salon, Pelawak Ini Dipanggil Nenek Sihir
Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.

Tiket Konsert Simfoni Mustika M Nasir 'Sold Out' Dalam 40 Minit!
Tiket konsert Simfoni Mustika M Nasir dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang dijadualkan pada 26 November nanti habis dijual dalam masa 40 minit sebaik dibuka pada pukul 10 pagi Jumaat.
_2.png?ext=.png)
“Sebagai Penyanyi Nombor Satu Malaysia, Saya Rasa Saya Layak” – Aliff Syukri Impi Duet Bersama Siti Nurhaliza
Aliff Syukri lancar lagu baru lagi ke