Sudah masuk lima hari tayangan filem Mulut Masin menemui penonton.

Rata-rata yang sudah menyaksikan karya arahan Razaisyam Rashid itu terhibur dengan gelagat empat pelakon kanak-kanak yang diangkat sebagai teraju utamanya.

Buktinya, ada yang sehingga menontonnya berulang-ulang kali file terbitan Astro Shaw itu.

BACA: "Tengok Dekat 10 Kali Dah, Tapi Tak Puas-Puas" - Penonton Puji Filem Mulut Masin Best!

Cuma, mungkin ada yang masih tertanya-tanya siapakah gerangan pelakon kanak-kanak yang cukup berbakat ini semua.

Justeru, apa kata jom kita kenali lebih dekat barisan pelakon kanak-kanak yang membintangi filem Mulut Masin:


#1 Jay Nazif



Pelakon Jay Nazif ini mula dikenali sekitar 2018 selepas muncul menerusi drama bersiri Mak Cun 4. Ketika itu, pemilik nama sebenar Muhammad Nazif Ihsan Mohd. Nazi ini dikenali dengan wataknya sebagai Atan.

Berusia 12 tahun, pelajar Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya, Pulau Pinang ini, pernah diangkat sebagai Ikon Sekolah Pulau Pinang.

Pembabitannya dalam Mulut Masin merupakan cubaan filem pertamanya dengan memegang watak sebagai Ajib.


#2 Danish Hazriq



Pemilik nama Danish Hazriq ini mula berlakon pada usia 8 tahun. Ketika itu Danish mula berjinak-jinak dalam iklan komersial sebelum menjadi pelakon drama menerusi Strawberi & Karipap.

Danish yang kini menginjak usia 14 tahun juga pernah tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin Kebangsaan (ASK) 2018 menerusi drama Cucu Atuk.

Memegang watak sebagai Azan, Mulut Masin merupakan cubaan kedua anak tunggal ini selepas muncul dengan filem pertamanya Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!.


#3 Cassia Iman


Ini merupakan pelakon paling cilik sekali dalam filem Mulut Masin.

Pemilik nama sebenar Cassia Nur Iman Mohamad ini sudah mula beraksi di hadapan kamera sejak usia 4 tahun lagi selepas menyertai Akademi Amber Chia.

Wajahnya pernah menghiasi beberapa iklan komersial termasuklah Dutch Lady dan Anmum.

Memegang watak sebagai Ayu, Cassia yang kini berusia 6 tahun pernah membintangi beberapa drama tempatan, antaranya, Adellea Sofea, Maaf Tak Indah dan Ara.


#4 Muzayyin Mahyuddin



Jika pernah tonton filem pendek Petronas berjudul Karipap Ke Donut?, pasti pernah perasan kelibat kanak-kanak comel ini.

Itu antara naskhah awal ketika pemilik nama Muzayyin Mahyuddin ini mula menceburkan diri dalam dunia lakonan sekitar usianya 10 tahun lagi.

Memegang watak sebagai Boyot, filem Mulut Masin ini merupakan filem keempatnya selepas membintangi Gostan, Raya Kolumpo dan Mak Cun.

Menuntut di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Klana Putra Lenggeng, Negeri Sembilan, Danish anak sulung daripada empat adik-beradik ini mengakui sering berulang-alik ke ibu kota sekiranya terdapat penggambaran.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)



Selain empat pelakon kanak-kanak ini sebagai pelakon utamanya, filem Mulut Masin turut menampilkan, Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Farahdhiya, Aloy Paradoks, Khatijah Tan, As'ad Motawh dan ramai lagi.

BACA: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem Mulut Masin

Mulut Masin menceritakan lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat nenknya.

Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton nakshah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.