Rancangan pelakon dan pengacara, Janna Nick untuk mengenakan atau ‘prank’ kekasihnya Dini Schatzmann sempena hari jadi disifatkan sebagai berjaya apabila pelakon dan model itu akhirnya mengalirkan air mata.

Dini pada mulanya dilihat percaya hadiah pertama iaitu kamera berspefikasi rendah yang diberikan oleh Janna itu meskipun menerimanya dalam keadaan terpaksa.

Namun dia terus terkejut dan menangis apabila Janna memberitahu hadiah sebenarnya adalah sebuah kamera berspefikasi tinggi untuk videographer professional jenama Sony bersama lensa zoom bernilai RM23,133.

Momen itu dirakam sendiri oleh Janna menerusi satu kemas kini di akaun Instagram miliknya.

Tidak cukup dengan itu, dalam resit yang dilampirkan Janna, dia turut membeli sebuah lagi lensa bernilai RM3,499 yang ditempah pada 12 Oktober lalu. Menjadikan total harga hadiah yang dibeli melebihi RM26,000.

“Prank him on his birthday!

“Saya memang tak reti beli barang-barang gadget-gadget ni. Kalau camera atau phone ke apa memang Dini yang akan buat research dan beli.

“So on his birthday saya beli camera paling low spec sebab nak surprise dia. Dia tahu camera tu low spec tapi dia terpaksa pura pura suka sebab saya dah beli…,” tulis Janna dalam kapsyen.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata menyifatkan pasangan itu sebagai romantis dan ‘sweet’.

“Birthday gift dia boleh terus shoot super tele dengan camera tu,” komen salah seorang pengikutnya.

“Rase nak nangis juga la tengok video nie.. banyak kali ulang owhh memang sweet couple,” puji salah seorang netizen.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, mula mengenali aktor muda berdarah campuran Jerman itu ketika sama-sama membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius sebagai pasangan kekasih sejak tahun 2019.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!