Laman Utama

Bercinta Setahun, Rizky Febian & Mahalini Bertunang

gempak
Maliah Surip
08/05/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
Bercinta Setahun, Rizky Febian & Mahalini Bertunang
Nampaknya bukan hanya di Malaysia beberapa selebriti seperti Shuib dan Noh Salleh melangkah setapak dalam hubungan cinta dengan memasuki alam pertunangan.
Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian melamar kekasih, Mahalini Raharja sebagai tunangannya, semalam.
Pengumuman berita gembira itu dikongsikan oleh akaun media sosial @rfasmusic dan @thebridestory.
"Pasangan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini Raharja selamat bertunang," tulis akaun tersebut seperti dilaporkan Kompas.
Menerusi informasi, Rizky yang senang disapa sebagai Iky melamar Mahalini sebagai tunangannya di hadapan keluarga penyanyi wanita itu dan sekitar 200 tetamu yang hadir.
“Hari ini merupakan hari yang spesial buat saya, ketika saya memantapkan diri saya.
“Di sini, Iky tidak sendiri, Iky bersama keluarga besar, dan begitupun Mahalini bersama keluarga besar.”
"Intinya, tidak ada banyak kata yang bisa Iky ucapkan. Iky hanya memiliki niat ibadah untuk menjadi keperibadian yang lebih baik, dan mempunyai tujuan yang tulus, dan ingin meminta izin kepada Papa, Dadong, Kak Dion, Ka Jody, Ka Ugek, dan Kak Nindi," ucap Rizky.
Lamaran tersebut kemudian diterima pelantun lagu Sial itu sebelum pihak lelaki menyerahkan hantaran kepada pihak perempuan.
Sebaik khabar keduanya selamat bertunang tersebar, Rizky dan Mahalini dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan seperjuangan dan peminat.
Pasangan penyanyi ini sudah menjalin hubungan asmara selama satu tahun tiga bulan.
Selain kisah cinta, hubungan keduanya sering menjadi sorotan media kerana berbeza agama. Rizky yang juga merupakan anak kepada pelawak Sule seorang Muslim manakala Mahalini yang berusia 23 tahun adalah seorang Hindu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live