Laman Utama

Kenapa Wajah Taylor Swift Dilukis Pada Labu Gergasi? Ini Respons Tuan Empunya Karya

Izwan Isa
29/10/2023
14:50 MYT
Pelukis asal Ohio, Amerika Syarikat, Jeanette Paras sekali lagi bakal memeriahkan sambutan Holloween pada tahun ini dengan mempersembahkan sebiji labu gergasi yang dilukis dengan wajah penyanyi popular Taylor Swift.
Jeanette berkata, dia sengaja memilih wajah penyanyi tersohor itu pada tahun ini kerana kecemerlangan Taylor menerusi konsert jelajah dan gosip cinta bersama atlet Travis Kelce yang semakin meraih perhatian peminat di seluruh dunia.
“Menarik sebab dia menjalin hubungan dengan juara Super Bowl sebanyak dua kali, Travis Kelce.
“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya tidak hasilkan berita, tapi saya ‘memperbesarkannya’,” ujar Jeanette.

BERITA TRENDING: Pengawal Keselamatan Konsert Taylor Swift Dipecat Sebab Kemaruk Nak Selfie

Jeanette memilih labu seberat 180 kilogram dan melukis wajah Taylor ketika menghadiri Anugerah Grammy.
Wajah Taylor dilukis terlebih dahulu di atas kerta sebelum lukisan sebenar dibuat di atas permukaan labu.
Menariknya, Jeanette menggunakan sembilan rambut palsu berwarna perang dan juga ubi bagi membentuk bahagian telinga labu yang diberi nama Taylor Swiftkin itu.

BERITA TRENDING: Anak Kobe Bryant Teruja Terima Hadiah Daripada Taylor Swift!

Bagaimanapun , Jeanette akui yang dia memilih untuk merahsiakan projek berkenaan sehingga siap sepenuhnya sebelum dikongsi untuk tatapan orang ramai.
“Ini adalah hal yang sangat rahsia. Saya harus menutup tingkap studio saya kerana tidak ada yang tahu siapa subjeknya," ujar Jeanette.
Menurut pelukis itu, perkara yang paling menggembirakan adalah unsur kejutan yang mampu membuat orang lain ketawa apabila melihat hasil kreativiti pada labu.

BERITA TRENDING: Tak Mainlah Beshe-Beshe, Heidi Klum Jadi Cacing Dalam Pesta Halloween

"Sangat senang untuk melakukan ini setiap tahun. Saya suka lihat reaksi daripada jiran dan orang ramai yang singgah untuk mengambil gambar,” katanya.
Sebelumnya, wajah-wajah individu popular yang pernah Jeanette hasilkan termasuklah Baby Yoda, Puter Harry dan Kanye West.
Sumber: Kompas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ceroboh Lapangan Terbang, Dua Wanita Ditahan Conteng ‘Jet Peribadi Taylor Swift’

gempak
21/06/2024
21:55 MYT
Dua wanita ditahan selepas menconteng jet peribadi didakwa milik penyanyi popular dunia, Taylor Swift yang kini berada di Eropah untuk menjayakan konsert Era Tour.
Viral

“Speak Now, Taylor” - Peminat Gesa Taylor Swift Buka Mulut Mengenai Palestin Menerusi Surat Terbuka

gempak
30/05/2024
15:55 MYT
Sejak kemelut yang melanda Palestin tahun lalu, penyanyi popular, Taylor Swift dilihat tidak pernah bersuara mengenai hal berkenaan, apatah lagi menggunakan platform media sosial miliknya untuk memberi kesedaran kepada peminat dan warga umum.
Hollywood

Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik

gempak
18/04/2024
13:21 MYT
Taylor Swift adalah nama yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga telah tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya versi Forbes baru-baru ini.
Hollywood

Taylor Swift Didakwa Terima RM14 Juta Satu Malam Supaya Konsert Hanya Di Singapura

gempak
05/03/2024
13:40 MYT
Taylor Swift sedang mengadakan konsert jelajah dunia, The Eras Tour di Singapura.
Terkini

Lelaki Indonesia Ini Berhabis RM11,479 Bawa Isteri Tengok Taylor Swift Di Singapura!

gempak
04/03/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki tular di media sosial gara-gara mengenakan kemeja-t yang mempamerkan dana yang dikeluarkan untuk membawa isterinya menonton konsert Taylor Swift di Singapura