Kota Kinabalu bukanlah nama yang asing bagi mereka yang suka melancong.

Sebut sahaja Kota Kinabalu atau KK, yang selalu kita bayangkan adalah Gunung Kinabalu sahaja.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya ada banyak lagi tarikan di Kota Kinabalu yang mesti diterokai?

Di sini ada lima sebab kenapa Kota Kinabalu jadi tempat pilihan ramai orang:

1. Daki Gunung Kinabalu



Rugi kalau dah sampai KK tapi tak daki Gunung Kinabalu? Gunung tertinggi di Asia Tenggara tersebut sememangnya menjadi tarikan para pelancong yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak.

2. Syurga Makanan Laut



Perut dah bunyi selepas penat berjalan makan angin di sekitar Kota Kinabalu? Anda boleh menuju ke Waterfront Seafood Night Market ataupun Sinsuran Seafood Night Market.

Tunjuk ja apa yang anda nak makan. Nak udang, ikan, sotong segar semua ada. Dah selesai pilih, peniaga dekat situ yang akan masak untuk anda.

3. Pulau-Pulau Tropika



Tarika utama di KK bukan Gunung Kinabalu sahaja tapi pulau-pulau yang terletak hanya 15 minit dari jeti di pusat bandar.

Pulau-pulau yang menjadi tarikan utama pelancong adalah Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan.

Untuk yang inginkan resort bertaraf lima bintang boleh pergi ke Pulau Gaya. Dekat situ ada Gayana Eco Resort dan Bunga Raya Resort.

4. Aktiviti Menarik & Shopping



Apa gunanya berkunjung ke negeri lain kalau tak cuba mengenali pelbagai etnik dan budaya di tempat itu? Untuk menimba ilmu, anda boleh ke Mari-Mari Cultural Village.

Selain itu, kalau nak lakukan aktiviti lasak boleh cuba Zip Borneo. Di sini, anda dapat menikmati keindahan yang ditawarkan di KK sambil memacu adrenalin anda!

Kalau gayat dengan ketinggian, ada lagi aktiviti menarik yang lain seperti berkayak dan berkhemah.

Dan semestinya yang tidak akan dilupakan adalah membeli belah. Pernah dengar Pasar Filipina atau dikenali sebagai Pasar Malam Sinsuran?

Terletak berhadapan dengan Le Meridien Hotel. Dibuka dari pagi hingga malam, macam-macam yang boleh dibeli antaranya mutiara asli Sabah sebagai buah tangan.

5. Destinasi Tepat Untuk ‘Test’ Siri Samsung Galaxy Note20



Memandangkan sekarang ini kita berada di norma baharu, masih ramai yang bekerja di rumah atau dipanggil work from home.

Ada juga yang menggunakan masa ini dengan bercuti bersama keluarga selepas tiga bulan berada di rumah. Walaupun sedang bercuti, kadang-kadang kita terpaksa mencuri masa untuk selesaikan beberapa tuntutan kerja. Sampai kena bawa komputer riba ke merata tempat.

Anda tidak perlu risau lagi kerana siri Samsung Galaxy Note20 ada. Percutian masih boleh diteruskan macam biasa tanpa perlu kelam kabut.

Digelar telefon bimbit serba canggih, siri Samsung Galaxy Note20 hadir dengan S Pen yang sama seperti pena sebenar tetapi kelajuannya lebih pantas.

Untuk edisi kali ini, Galaxy Note20 Ultra 5G hadir dengan 9ms, sementara Galaxy Note20 hadir dengan 26ms. Kalau anda ingin menulis nota hanya keluarkan Siri Samsung Galaxy Note20 anda dan mulakan mencatat. Lebih inovatif lagi, Samsung memperkenalkan 5 Advanced Air Actions baru (kiri dan belakang, kanan dan belakang, atas dan bawah, bawah dan atas, goncang) yang lebih banyak kawalan.

Siri Samsung Galaxy Note20 mempunyai banyak ciri baru yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah dengan Advanced Air Actions menjadi sebahagian besar daripadanya! Anda tidak perlu menyentuh telefon untuk menyelesaikan sesuatu!

Siri Samsung Galaxy Note 20 juga mesra dengan persekitaran kerja kerana lengkap dengan Samsung Notes. Kalau tetiba ada mesyuarat dekat Microsoft Teams tak payah nak cari buku dan pen.

Terdapat enam kelebihan yang lebih menandingi telefon bimbit lain:

• Auto Save and Sync

Tidak perlu lagi menekan butang simpan (save) untuk penyegerakan Galaxy, Tablet dan PC anda secara automatik.

• Import PDF

Fail PDF dapat diubah dengan mudah semasa kuliah atau kerja. Anda juga tidak memerlukan aplikasi atau program yang berlainan untuk melakukannya.

• Penukaran PPT Microsoft

Sekarang anda boleh mengeksport Samsung Notes ke fail PPT. Nota tulisan tangan juga boleh diubah ke slides PPT. Dah boleh lupakan cara manual!

• Penanda buku audio

Sekiranya anda seorang yang merakam audio keseluruhan mesyuarat untuk tujuan mengambil minit. Siri Samsung Galaxy Note20 boleh menyusun nota anda lebih baik dengan ‘syncing’ rakaman suara dengan memo.

• Tujuan berbeza

Susun kenangan, idea, hobi dan senarai tugasan dengan pelbagai templat Note20. Terserah kepada anda bagaimana untuk mencantikkan.

• Nota rapi AI

Untuk semua kaligrafi artistik dan pencatat nota bertulis! Kami faham betapa pentingnya tulisan anda diselaraskan dengan sempurna. Dengan nota rapi AI Samsung, jangan risau tulisan tangan sentiasa akan kemas.

• Teks papan kekunci & Tulisan Tangan

Mesej memerlukan sentuhan peribadi kepadanya. Anda boleh menambahkan tulisan tangan ke papan utama teks dan gambar.

• Tersusun

Sebilangan daripada kita menjadikan telefon pintar kita seperti kitab. Kita meletakkan semua nota di telefon, dan merujuk untuk setiap butiran penting. Dengan beratus-ratus nota penting, mencari satu persatu menjadi sedikit cabaran.

Sekarang tidak lagi! Siri Samsung Galaxy Note20 membolehkan anda memisahkan folder dan halaman nescaya tidak akan hilang lagi.

Selain untuk kegunaan kerja, siri Samsung Galaxy Note20 menjanjikan video yang cantik dengan pemutaran dan penyuntingan yang lancar untuk kepuasan lebih tinggi untuk dijadikan memori sepanjang berada di KK. Jimat bukan dua dalam satu..

Senang cerita tak rugi kalau anda beli Siri Samsung Galaxy Note20. Serius!

Jangan tunggu lagi! Dapatkan siri Samsung Galaxy Note20 hari ini.

Bagi maklumat lanjut mengenai siri Samsung Galaxy Note20, nantikan halaman Facebook Samsung di https://www.facebook.com/SamsungMalaysia/.