Laman Utama
Berhenti Belajar, Janna Nick Kejar Impian - "Bagi Saya, Duit Adalah Segalanya ..."
Pelakon dan pengacara Janna Nick, 26, mendedahkan dia pernah menyambung pengajian di sebuah universiti namun terpaksa berhenti di tengah jalan.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner akui terpaksa mementingkan wang ringgit memandangkan dia bukan berasal daripada keluarga senang.
Namun, pelakon drama Marry Me, Senorita itu masih menyimpan hasrat untuk menyambung pelajarannya satu hari nanti.
"Perkara yang orang lain tak tahu adalah saya bukan datang dari keluarga yang senang. Saya memang dah belajar separuh jalan tetapi drop sebab saya pentingkan duit.
"Bagi saya, duit adalah segalanya. Jadi saya kena selesaikan banyak benda dari segi kewangan, my goals dan impian saya.
"Sambung belajar adalah salah satu impian saya juga. Dan saya rasa tak pernah lewat untuk seseorang itu sambung belajar. Nanti saya rileks, saya buat," katanya.
Janna memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab di ruangan Instagram Stories, baru-baru ini.
Sebelum ini, salah seorang peminat bertanya tentang pengajiannya kerana Janna seorang pelajar cemerlang.
"Kenapa Janna tak sambung belajar? Sebab keputusan Janna cemerlang kot," tanya individu yang tidak diketahui identitinya.
Janna malah mengakui kekasihnya, Dini menggelar dirinya sebagai mata duitan.
Jangan lupa saksikan drama Marry Me, Senorita pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Must-Watch Video