Hiburan
"Beri Tekanan Setiap Hari Suruh 'Boyfriend' Kahwin.." - TMJ Dedah Ada Pemain JDT Dipaksa Kahwin Oleh Teman Wanita
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat seorang pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang dipaksa untuk berkahwin oleh teman wanitanya.
Menerusi ruangan Instagram Stories TMJ, tekanan itu telah menyebabkan prestasi pemain terbabit kian merosot.
"Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh boyfriend kahwin pasal takut terlepas.
"Boyfriend kaya, popular. Satu keluarga kemaruk cari laki kaya dari dulu. Patut makin hancur performance budak ni.
"Kepala dah tak ada dalam padang. Well no one is bigger than the club. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena pressure setiap hari dipaksa kahwin.
"All the best. Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s***," tulisnya.
Selain itu, TMJ memuat naik 'screenshot' perbualan di whatsApp bersama individu terbabit.
Walaubagaimanapun, TMJ tidak pula mendedahkan siapa gerangan individu yang dimaksudkan.
Must-Watch Video