gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Selamat Lahirkan Anak Ke-4, Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Dekat Rahim - “Saya Diberi 2 Pilihan Sama Ada…”
SUKAN
Air Mata Johan Ghazali Tumpah Selepas Tewas Kepada Diego Paez - “Jojo Tak Nak Bagi Alasan Banyak”
VIRAL
Warga Emas Patah Tulang Rusuk Ditanduk Lembu Korban
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Kelly Clarkson Mengaku Makan Ubat Kurus: “Tapi Bukan Ozempic”

gempak
Maliah Surip
16/05/2024
13:50 MYT
Sponsor Banner
Kelly Clarkson Mengaku Makan Ubat Kurus: “Tapi Bukan Ozempic”
Sempat mendakwa dirinya kurus hasil diet, pemakanan ketat dan senaman yang teratur, Kelly Clarkson kini mendedahkan ‘rahsia’ lain di sebalik berat badannya yang susut.
Penyanyi tersebut mengaku menggunakan ubat kurus untuk membantu dirinya bebas daripada masalah gemuk. Ubat kurus tersebut kata Clarkson lagi terpaksa diambil kerana dirinya berdepan masalah darah yang teruk.
“Saya akhirnya terpaksa menggunakan ubat untuk menurunkan berat badan.
“Saya lakukan itu (memakan ubat kurus) selepas berdepan dengan masalah darah yang teruk,” katanya seperti dilaporkan nbcnews.com.

BERITA TRENDING: Ramai Nak Kurus Cepat, Ubat Diabetes Ozempic Terpaksa Dicatu?

Bukan Ozempic

Clarkson, yang pernah mencecah berat badan 93 kilogram juga membuat penjelasan tentang ubat kurus yang diambil.

“Ramai fikir saya ambil Ozempic. Ia bukan Ozempic,” katanya tanpa mendedahkan jenis ubat yang diambil sekaligus membantu dirinya kurus.

Ozempic adalah ubat untuk pesakit kencing manis yang menjadi popular dalam kalangan individu yang mahu kurus.
Pada Januari lalu, Clarkson sempat mengatakan berjaya menurunkan berat badan melalui kerja keras bersenam dan menjaga pemakanan selepas dirinya disahkan memasuki fasa pra kencing manis.

BERITA TRENDING: Selain Bariatrik, Ramai Nak Kurus Guna Ozempic Tapi Ini Natijahnya

Topic Berkaitan
#Hollywood
#Kurus
#Kelly Clarkson
#Ubat
#Ozempic
Must-Watch Video