,
Laman Utama

“Beria Hingga Saya Dimalukan Seluruh Negara” - Jatuhkan Imej, Tajuddin Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang!

Hanafis Haris
13/06/2021
09:11 MYT
Mendakwa ada pihak cuba menjatuhkan imejnya susulan insiden kemalangan tren LRT baru-baru ini, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memutuskan untuk mengambil tindakan tegas.

Menurut Tajuddin, tindakan pihak berkenaan yang menggambarkan beliau seolah-olah tidak prihatin, tidak sensitif selain mendakwanya rasis kerana mempersoalkan wartawan bukan warga negara disifatkan sebagai penghinaan."Saya akan mengenal pasti siapa yang beria hingga saya dimalukan seluruh negara.

“Digambarkan sebagai seorang pengerusi yang tidak layak jadi pengerusi, seorang tokoh rasis, tidak sensitif dan tidak ikut prosedur operasi standard (SOP).

"Ini penghinaan terhadap saya dan akan ambil tindakan mengikut undang-undang," katanya.

Menurutnya, ia juga dilihat sebagai mainan pihak tertentu yang disifatkan suka menimbulkan kontroversi hingga ramai orang mempercayainya tanpa usul periksa terlebih dulu.

"Di mana yang dikatakan tidak prihatin dan tidak sensitif dengan kejadian itu.

“Adakah disebabkan sebut ini berlaku kerana dua tren bercium itu diambil bahan mengatakan saya tidak sensitif,” katanya.

Sekadar info, Prasarana telah menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan mengejut itu dipercayai berikutan terdapat desakan supaya Tajuddin meletakkan jawatan susulan kegagalan dan tiada rasa sensitif semasa mengendalikan sidang akhbar kejadian pertembungan dua tren LRT, baru-baru ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

gempak
17/10/2024
18:53 MYT
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

gempak
16/10/2024
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.
Viral

Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas Peminat Bernilai RM2.5 Juta

gempak
16/10/2024
07:50 MYT
Seorang chef selebriti yang pernah muncul dalam program masakan Top Chef dan Iron Chef di Thailand ditangkap pihak berkuasa tempatan kerana didakwa menipu dan mengambil barangan kemas milik seorang peminatnya.
BorakSeeni