,
Hiburan

Isu Gaduh Atas Jalan Raya, Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik

Gempak
08/09/2024
10:48 MYT

Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis memerintahkan Hafiz Suip dan dua lelaki lain untuk menjalani bon menjaga keamanan akibat bergaduh di tempat awam, minggu lalu.

Bon Jaga Keamanan Selama 6 Bulan

Menurut laporan Utusan Borneo, Majistret Mason Jaro Lenya Barayan mengarahkan Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, Goh Hui Heong, 53, dan Irman Daud, 42, untuk menjalani bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan jaminan RM500 (tidak didepositkan).

Kesemua lelaki tersebut mengangguk faham apabila diperintahkan untuk menyempurnakan bon di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah dalam prosiding pada Khamis.

Perintah itu dikeluarkan mahkamah bagi mengelakkan kesemua individu terbabit daripada mengulangi perbuatan sama iaitu bergaduh di tempat awam pada masa depan.

Berlaku Salah Faham

Fakta kes mendedahkan berlaku salah faham antara ketiga-tiga lelaki tersebut di Jalan Padungan, Kuching pada 30 Ogos 2024, sekitar jam 2.10 petang yang berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap cara pemanduan masing-masing.

Kejadian bermula apabila Hafiz memandu memasuki Jalan Padungan dengan memberi lampu isyarat kanan, namun telah dibunyikan hon oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Goh.

Goh seterusnya bertindak balas dengan memotong kereta Hafiz dan cuba menghentikannya dengan cara memperlahankan kereta dari arah hadapan.

Selain itu, Goh turut menghimpit serta memandu sehingga menghampiri kereta yang dipandu oleh Hafiz, menyebabkan kedua-dua pihak berhenti di tepi jalan iaitu sebelum lampu isyarat bulatan Padungan dan kemudiannya bergaduh di tempat awam.

Semasa pergaduhan tersebut, Irman cuba menahan Hafiz daripada bergaduh dan juga terlibat menumbuk Goh kerana disembur pemedih mata oleh Goh.

Susulan itu, laporan polis dibuat oleh Goh yang kemudiannya membawa kepada penangkapan kesemua lelaki terbabit.

Pendakwaan dilakukan oleh ASP Suziana Suleiman sementara kesemua lelaki tersebut tidak diwakili peguam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Hafiz Suip Bertengkar Di Jalan Raya Dengan Driver Lain, Muka Kena Sembur ‘Pepper Spray’

Sumber: Utusan Borneo

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.
Berita

Jumpa Pistol, Dadah: Yusoff Rawther Dibawa Ke Mahkamah

gempak
12/09/2024
04:25 MYT
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis, selepas polis menemui dua pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.