NUSANTARA
Berjurai Air Mata! Tonton Sendiri Momen Sedih Pesakit Polio Bertemu Siti Ini ...
Mungkin bagi Khusnul Khotimoh yang berasal dari Surabaya, Jawa Timur, bertemu idolanya Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah perkara yang mustahil.
Namun, hasrat Khusnul yang menghidap penyakit polio termakbul apabila penyanyi pujaan ramai itu muncul di hadapannya!
Dalam satu program bual bicara Hitam Putih terbitan stesen televisyen Trans 7, Indonesia pada Selasa, Khusnul dikejutkan dengan kehadiran penyanyi yang disifatkan menjadi inspirasi buatnya untuk meneruskan kehidupan.
Dan apabila bertentang mata dengan Siti Nurhaliza, tiada apa yang mampu dilafazkan Khusnul selain hanya terdengar surau tangisan kegembiraan.
Berkali-kali dia memeluk dan mengucup tangan Siti Nurhaliza sambal diringi tangisan yang panjang,
Sebelum kehadiran penghibur yang juga buah hati kesayangan Malaysia dan Indonesia itu, Khusnul yang ditemu bual pengacara program berkenaan, Deddy Corbuzier dan dua lagi pengacara lain, mendedahkan, sudah terlalu lama dia menyimpan keinginan untuk mengucapkan terima kasih kepada Siti Nurhaliza.
“Terima kasih buat beliau (Siti Nurhaliza) kerana menjadi penyemangat hidup saya. Mendengar suara beliau sahaja sudah memberi semangat buat saya,” kata Khusnul.
Rakaman saat-saat sedih pertemuan Khusnul dengan Siti Nurhaliza dapat ditonton dalam video berdurasi 12.59 di saluran YouTube Trans7 Official.
Sedutan video itu juga dapat ditonton di laman Instagram Siti Nurhaliza @ctdk atau Instagram pengurusnya, Rozi Abdul Razak @rozisangdewi.
Siti Nuhaliza yang baru saja meraikan ulang tahun kelahiran ke-40 pada 11 Januari lalu mengadakan kunjungan singkat ke Jakarta bagi mempromosikan konsert solo beliau yang akan diadakan di Istora Senayan, Jakarta pada 21 Februari ini.
Must-Watch Video