Skip to main content

Hiburan

Amira Othman Imbau Momen Ketika Hamil, Terkilan Jarir Umar Jadi Sasaran - “Dalam Perut Lagi Dah Dikatakan Bukan-Bukan”

Amira Othman Imbau Momen Ketika Hamil, Terkilan Jarir Umar Jadi Sasaran - “Dalam Perut Lagi Dah Dikatakan Bukan-Bukan”

Sekilas

  • Amira Othman berkongsi pengalaman dikecam ketika mengandung anak sulungnya, Jarir Umar, termasuk doa tidak baik yang diterima daripada sesetengah individu.
  • Dia memilih untuk tidak membalas kecaman tersebut dan menyerahkan segala urusan kepada Allah sambil berharap semua ibu dapat menjaga kata-kata mereka.
  • Amira baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul 'Jarir Umar' yang diinspirasikan daripada anaknya dan dilantik sebagai duta jenama produk ibu dan bayi, Yootree.
Advertisement

Penyanyi, Amira Othman berkongsi semula pengalaman dirinya berdepan kecaman seeaktu kehamilan anak sulungnya, Jarir Umar tahun lalu.

Menurut Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, dia mengakui berasa terkilan apabila ada individu yang tergamak mendoakan perkara tidak baik terhadap anaknya yang ketika masih belum dilahirkan.

Advertisement

“Saya tidak pastilah anda semua baca (komen) atau tak, ada ayat-ayat yang kurang berapa baik doakan untuk anak saya. Saya rasa perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kalau baca, memang melampau. Anak saya tidak bersalah, dalam perut lagi dia sudah dikatakan bukan-bukan. Doa yang tidak baik tidak akan terkabul pun, tetapi pada saya, kita kena jagalah.

“Kadang-kadang saya tengok yang bercakap ini mak orang, ada anak. Macam mana boleh berani cakap benda-benda macam itu? Kita pun ada anak, ada keturunan. Kita tahu kita akan diuji dengan apa yang kita cakap,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Amira berkata demikian ketika ditemui di pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul Jarir Umar bertempat di CAVAHALL, Ara Damansara, pada Jumaat.

Berkongsi lanjut, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini sama sekali tidak menyangka apabila ada juga di kalangan mereka yang bergelar ibu sanggup meninggalkan sebegitu rupa.

“Jadi, kadang-kadang saya terfikir, macam mana tergamaknya mak-mak bercakap tentang saya? Saya pun anak orang dan ketika saya sedang hamil, anak dalam kandungan itu juga anak saya.

“Mungkin, mudah-mudahan Allah beri mereka kebahagiaan supaya mereka tidak merasa iri melihat kebahagiaan orang lain dan tidak bercakap perkara yang bukan-bukan.

“Hidup kita lain, takdir kita lain. Kalau tidak ada benda baik nak cakap, tidak payahlah cakap. Kasihan, esok lusa anak kita boleh baca benda-benda itu,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Hati-Hati ini memilih untuk tidak membalas kecaman tersebut kerana percaya dia tidak mampu mengawal kata-kata orang lain.

“Saya hanya mampu berdoa. Saya tidak boleh mengawal mulut orang. Yang penting, saya pun tidak berbuat jahat kepada orang-orang yang bercakap tentang saya itu.

“Saya tidak kenal pun mereka siapa. Mungkin akaun palsu, mungkin juga akaun sebenar.

“Jadi, saya serahkan kepada Allah sahaja. Mudah-mudahan Allah lindungi anak-anak kita semua, insya-Allah,” katanya.

Sekadar info, Amira melancarkan single ‘Jarir Umar’ yang diinspirasikan daripada anak lelakinya itu.

Lagu berkenaan turut membawa mesej penghargaan seorang ibu terhadap anak selain mengandungi doa dan harapan Amira buat Jarir.

Selain itu, Amira turut dilantik sebagai duta jenama produk ibu dan bayi, Yootree yang menyediakan pelbagai keperluan termasuk pam susu mudah alih (wearable breast pump), penyejuk susu ibu (breast milk cooler), botol susu dan bekas penyimpanan susu.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement