Cikgu Fadli melahirkan rasa bersyukur apabila dia mendedahkan yang dia kini tidak lagi didapati bersalah berhubung kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini.
Menerusi kemas kini terkini di Facebook, Cikgu Fadli berkata, selain rasa syukur, dia juga berasa gembira kerana Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri menonton sesi siaran langsung yang dilakukan menerusi akaun Facebook miliknya semalam.
“Alhamdulillah. Saya rasa happy sangat malam ni. Happy bukan sebab didapati tak bersalah. Tu pun happy juga. Tapi yang membuatkan saya benar-benar happy, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri tonton live saya.
“Pegawai KPM follow dan dengar live saya sampai habis. Dengar luahan hati saya yang mewakili majoriti luahan guru-guru Malaysia. Mereka sudi mendengar tu pun satu kejayaan buat saya. Mahal tu. Sangat mahal kementerian sendiri sudi dengar luahan warga pelaksana ini.
“Saya puas hati sangat malam ni dapat luah segalanya secara jujur tanpa berselindung. Tolong ambil mana yang bermanfaat, apa yang perlu baiki, baiki lah. Tolong bina trust guru-guru pada PPD, pada JPN, pada KPM. Kita saling tidak percaya sesama. Dan inilah yang merosakkan kita,” katanya.
Dalam pada itu, Cikgu Fadli melihat kesudian KPM menonton sesi siaran langsungnya sebagai satu penghargaan yang sangat besar.
“Terima kasih semua yang sokong saya, yang sudi komen, sudi share live tadi. Sangat besar maknanya buat perjuangan saya bila KPM mendengar ni. Walau mereka belum buat apa-apa, namun kesudian mendengar itu sangat-sangat saya hargai.
“Akhirnya, suara guru kecil ini didengari secara rasmi. Allahu, sujud syukur saya. Ni lah hikmah taatnya saya pada nasihat ma (ibunya). Inilah hikmah ma minta saya menyampaikan sesuatu dengan berlembut seperti Nabi Musa a.s berdakwah pada Firaun. Besar sungguh hikmahnya.
“Kawan-kawan, jika kalian masih ada ibu, taatlah pada ibumu. Meskipun ibu mu bukan berkelulusan tinggi, meskipun mereka tiada degree, namun kata nasihat ibu ini sangat tinggi darjatnya. Percayalah!” tutup Cikgu Fadli.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Tue Oct 18 2022


Kuasa Penyejuk Level 7! Jenama #1 Terbaik Dunia Ini Boleh Rawat Mata Korang Yang Letih
Manjakan mata korang dengan Rohto Extra Cool Eye Drops!

Kekasih Bekas Pemain Bola Kebangsaan Dibelasah & Dicampak Ke Lantai, Ini Pula Cerita Dari Sumber Yang Dipercayai – “Memang Sering ‘Naik Tangan’ Bila…”
Ini Pula Cerita Dari Sumber Yang Dipercayai

Dapat 7A1, Neelofa Imbas Kenangan Ambil Result SPM 15 Tahun Lepas - "Ketika Tu Semua Tak Pandang Straight A Tapi Berapa A1?"
Bekas pelajar MRSM Langkawi

“Saya Suka Karisma Dan Karakter Beliau” - Aedy Ashraf Teringin Berlakon Filem Biopik, Idam Watak Khairy Jamaluddin
Lovenya kalau Aedy jadi KJ.

Murah Hati! Iman Troye Offer RM300 Kepada Pelajar SPM 2022! - "Mahu Beri Motivasi Supaya ..."
Tahniah buat semua pelajar SPM yang lulus cemerlang.

“Jika Kamu Rasa Ujianmu Sebesar Kapal, Ketahuilah…” - Ayu Raudhah Beri Semangat Kepada Zaquan Adha
Semoga cepat sembuh Zaquan Adha!

Hebat Dalam Mobilegraphy? Serlahkan Bakat Itu Dengan Sertai Zoom Into Malaysia, HUAWEI XMAGE Awards 2023 & Menangi HUAWEI P60 Pro Dan Banyak Lagi!
HUAWEI XMAGE Awards 2023 & Menangi HUAWEI P60 Pro Dan Banyak Lagi!

Kemalangan Jeremy Renner Buat Chris Hemsworth Fikir Tentang Mati
Chris Hemsworth mengaku kemalangan yang menimpa sahabat seperjuangannya, Jeremy Renner telah mengubah cara pemikirannya.

“Selepas Lima Bulan Baru Dia Balas” - Detik Perkenalan Shuib & Watie Bermula Dari DM Ucapan Takziah
Kalau dah jodoh...

Anak Menteri Pendidikan Dapat 9A Dalam SPM
Tahniah!