Hiburan

Berkongsi Gambar Lelaki Di Media Sosial, Yazmin Aziz Nafi Sering Bertukar Pasangan - “Saya Ramai Kawan Di Merata Dunia”

gempak
Asyraf Roslan
23/10/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Berkongsi Gambar Lelaki Di Media Sosial, Yazmin Aziz Nafi Sering Bertukar Pasangan - “Saya Ramai Kawan Di Merata Dunia”
Penyanyi dan pempengaruh, Yazmin Aziz menafikan dirinya sering bertukar teman lelaki seperti yang didakwa oleh netizen.
Menurut Yazmin, tidak semua kawan lelaki yang dikongsikan menerusi hantaran di sosial medianya itu adalah teman istimewanya.
“Bukan semua yang saya post adalah boyfriend saya.
“Saya ramai kawan di merata dunia. Dan kalau anda nak tahu, saya dah hampir setahun tak post pasal boyfriend di sosial media,” ujarnya ketika dihubungi Gempak.
Yazmin atau nama sebenarnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz,23, juga menyatakan bahawa dia dan bekas teman lelakinya yang merupakan atlet bola keranjang Hong Kong sudah lama berpisah dan ia merupakan keputusan bersama.
“Kami dah lama putus.
“Ia keputusan bersama sebab ada beberapa perubahan yang berlaku dalam kehidupan dia. Selepas saya graduate pun saya sibuk dengan karier muzik saya.
Part of it is long distance of course sebab nak find ways to resolve things, is not as easy compared to someone yang ada depan-depan,” tambah Yazmin.
Pada masa sama, Yazmin yang baharu sahaja menamatkan pengajian daripada HELP University juga menyatakan bahawa dia sangat berhati-hati dalam perhubungan cintanya.
Pelantun lagu Bosan itu juga memaklumkan bahawa keluarganya sering memberi semangat kepadanya tidak kira apa jua dugaan yang dihadapinya termasuk kisah cinta.
"Semakin bertambah usia, jika saya nampak ada red flag pada pasangan saya akan terus ambil langkah untuk tidak meneruskan perhubungan.
"Kerana bagi saya, ia seperti membuang masa untuk mengharapkan seseorang itu berubah, jadi lebih baik berkawan sahaja,"
“My family is very supportive of me, as you can see. They’re always there with me. Orang cakap saya pergi dating pun tak sedar saya tak pergi berduaan. If memang ada red flags, mereka pun tak akan tolerate.
“They also agree if tak sesuai, don’t force it. My mom always said, “if it’s meant for you, it’ll happen. Don’t rush things. Let’s fate decide.” And I agree. I’m only just turned 23 so there’s so many things waiting to happen,” katanya.
Untuk rekod, Yazmin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas bintang bola sepak kelab Kelantan FC pada Julai 2021 lalu namun berpisah selepas tiga bulan kemudian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024