Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

Firdaus
18/07/2024 09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.

Membintangi berpuluh-puluh filem, berikut merupakan watak yang paling diingati yang dilakonkan oleh Farid Kamil.

1. Remp-It (2006)



Memainkan watak Madi, filem Remp-It berjaya menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu. Diarahkan oleh Ahmad Idham, filem ini berjaya memasuki 'pecah panggung' dan mengaut keuntungan sebanyak RM4 juta.

2. Lagenda Budak Setan (2010)



Mengisahkan tentang Kasyah (Farid Kamil) bersama rakan sekumpulannya, Sofi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar-pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga menggelar kumpulan mereka sebagai kumpulan anti-perempuan.

Namun begitu, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar tahun baru, Ayu (Lisa Surihani). Ayu telah benar-benar menambat hati dan perasaan Kasyah serta membuatkan dia jatuh cinta terhadapnya.

3. Tombiruo (2017)



Memainkan watak Amiruddin, filem Tombiruo mengisahkan tentang seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia yang mahu membalas dendam atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya atas kematian isteri tercinta, Salina.

4. Estet (2010)



Estet ialah sebuah filem komedi drama Malaysia 2010 arahan Mamat Khalid dibintangi oleh Farid Kamil, Jasmine Micheal dan Gandii Nathen.

Filem ini mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air. Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan.

Filem ini juga turut bertanding pada Festival Filem Malaysia ke-22, malangnya akibat masalah teknikal, filem ini tidak tersenarai sebagai filem yang bertanding pada festival berkenaan. Filem ini akan dibawa bertanding pada festival filem yang berikutnya.

5. Gold (2024)



Filem terbaharu terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures memaparkan Farid Kamil sebagai atlet lagenda negara, Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek (Rashid Sidek). Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.

BERITA TRENDING: Ketidakupayaan Bukan Satu Halangan: Ini 5 Individu Yang Berjaya Walau Punyai Kekurangan

​BERITA TRENDING:Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

BERITA TRENDING:#Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai

​BERITA TRENDING:#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.

Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.

Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.

#pelakon #Filem #Farid Kamil #Selebriti #Watak #Ikonik #Gold