Pelakon dan hos kanak-kanak, Wafiy muncul dengan single pertama berjudul Lat Tali Lat.

Lagu Lat Tali Lat ini ditulis oleh komposer popular tanah air iaitu Omar K dan Audi Mok.

Untuk menjayakan muzik video Lat Tali Lat, Wafiy turut melibatkan rakan-rakannya yang dikenali di TikTok dan Instagram.

Antaranya adalah N. Farrah, Shyfit, Leona Azhar dan juga Ellya Keesha dan Gabrielle yang juga merupakan rakan hos beliau dalam rancangan Club Mickey Mouse.


Lat Tali Lat boleh didapati di semua platform streaming kegemaran bermula 27 Mac 2020 dan video klip juga akan dimuatnaik ke YouTube Wafiy pada tarikh yang sama.

Lat Tali Lat adalah sebuah produk dari XENO Music dan diedarkan oleh SONY Music Entertainment Malaysia.