Laman Utama

Berlakon Watak 'Anwar Ibrahim' Bukan Tiket Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara - "Netizen, Anda Seharusnya Baca ..."

Shahrin Zulkifle
07/12/2022
23:00 MYT

Pelakon Farid Kamil menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang berkata keputusan dibebaskan daripada hukuman penjara minggu lalu mempunyai kaitan dengan lakonannya menerusi filem Anwar Ibrahim.

Jelas Farid, perkara tersebut tidak berkait antara satu sama lain kerana keputusan terlepas hukuman penjara adalah daripada pihak Mahkamah sepenuhnya.

Malah, katanya filem tersebut sudahpun menjalani penggambaran lebih awal sebelum Datuk Sri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

“Nama Anwar Ibrahim menjadi subjek yang popular sejak kebelakangan ini, ia telah dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia. Tetapi saya melakukan filem Anwar Ibrahim adalah sebelum beliau dilantik menjadi PM lagi.

“Saya memanjatkan kesyukuran dengan keputusan mahkamah dan ingin saya jelaskan keputusan tersebut tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim.

“Untuk netizen, anda seharusnya baca keputusan penuh kehakiman yang di keluar oleh tiga orang panel hakim yang telah mengeluarkan kenyataan bertulis menyatakan bahawa tuduhan kepada saya adalah tidak konsisten.

“Berdasarkan keputusan tersebut, ternyata saya telah dianiaya,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, Farid terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin

Md Said membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan akhir Farid, 41, selaku perayu bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2019.

BACA: Salah Guna Dadah, Farid Kamil Didenda RM5,000, Terlepas Hukuman Penjara

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
goldmovie

#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

gempak
15/07/2024
05:55 MYT
Memainkan watak sebagai Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek (Rashid Sidek) menerusi filem Gold, pelakon Farid Kamil berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menyarungkan jersi badminton sebenar daripada tahun 1992 bagi menjayakan karakter tersebut.
Hiburan

A.R Rahman Bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ini Hal Yang Dibincangkan!

gempak
10/07/2024
06:36 MYT
Meskipun jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dengan penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, semalam.
Hiburan

Farid Kamil Lalui Fasa Bahagia Selepas Rujuk, Tolak Dakwaan Jadi Pasangan Contoh - “Apa Yang Kami Buat Adalah Kembali Kepada Niat Asal Berkahwin”

gempak
06/07/2024
00:59 MYT
Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya kini lebih bahagia selepas kembali rujuk dan memulakan lembaran baharu bersama isteri tercinta, aktres, Diana Danielle.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.