Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida tampil menempelak tindakan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli yang seakan-akan memerli cara penajaan sepanjang beberapa musim Gegar Vaganza (GV) sebelum ini.

Tegas Vida, Iqbal tidak sepatutnya menyindir caranya selaku penaja rancangan yang sudah bersiaran selama lapan tahun itu dan perlu bersikap matang sekiranya serius untuk menaja program terbabit.

"Hello, apa masalah mu ni? Nak menghanj*ng? Sedar diri boleh? Dari mana datang? Asal usul? Dari tiada apa-apa!

"Aku dah tabur macam-macam, ilmu bagai, kalau bukan sebab aku mu ingat ada orang nak pandang mu?

"Mu ingat lagi tak dulu nak masuk TV takut-takut. Kecut batu. Aku support, bagi ilmu, tunjuk cara.

"Tak payah nak tunjuk bijak pandai hakikatnya semua cedok ilmu dan cara aku. Aku nak meniaga segenap penjuru ke, sampai planet Marikh pun itu aku punya pasal, itu passion aku. Tak susahkan mu. Dasar kacang lupakan kulit," kata Vida.



Terdahulu, Iqbal menerusi laporan media menyatakan hasrat untuk menaja rancangan GV dan mahu membawa perubahan maksimum demi membantu artis dan pekerja seni.

Namun, di samping hasrat murninya itu, Iqbal sempat membandingkan cara penajaan Farm Fresh dan Vida termasuk mengungkit semula beberapa insiden berebut mikrofon dan hadiah 'bukan-bukan'.

Tambah Iqbal juga sepanjang bersiaran di televisyen selama empat tahun, dia tidak pernah mengambil kesempatan memasarkan produknya di Instagram.

Vida dalam satu sesi siaran langsung petang semalam memberitahu dia mengambil ruang waktu selama beberapa tahun untuk berehat daripada menaja mana-mana program hiburan dan memberi peluang kepada penaja lain untuk membantu membangunkan industri seni.

Malah, dia tidak kisah seandainya mahu untuk kembali menaja mana-mana program dalam tempoh terdekat.

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)